Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Friday, November 4, 2011

kabus yg pudar

Buat kesekian kali
Dia tunjukkan cinta-Nya
Pada hamba yg seorang ini
Buat yang entah ke berapa kali
Dia berikan petanda
Dia tak pernah jemu mencinta
Hamba-Nya yang sering leka
Buat kesekian kali
Kehadiran itu
Merehatkan minda
Memcambahkan cinta
Menguatkan jiwa
Buat yang entah ke berapa kali
Kehadiran itu
Menjadi perantara cahaya
Membuat yang payah jadi mudah
Mengikat hati
Agar tak lupa untuk berserah
Kehadiran di Zulhijjah
Di kala rasa sering gundah
Menghilang kabus yang kerap singgah
Menghapus ragu yang buat mimpi merendah
Kerana jalan ini memang tak mudah
Panjang nafas bekalan yang harus diredah

-inspired by U.A-

No comments:

Post a Comment