kecewa!
niat di hati nak bangun sahur.
tp, subuh masuk jam 0436.
mlm td x mkn dinner yg proper, jd sy x brani nk meredah hari ni dgn berpuasa.
sebb sy tahu sy akan tak larat nk buat kerja.
haish..lembik sgt sy ni.
hmm..
but, why do i care to fast on tuesday?
mari sy share satu artikel.
*******************************
10 HARI DARI BULAN ZULHIJJAH
KELEBIHAN, CIRI-CIRI DAN PENGAJARAN TARBAWI DARIPADANYA
PENDAHULUAN
الحمد لله الذي أنعم علينا بنعمة الإسلام، والصلاة والسلام على من بعثه الله تعالى بشيراً ونذيراً، وسراجاً مُنيراً للناس كافةً
وعلى آله وصحبه أجمعين، والتابعين وتابع التابعين إلى يوم الدين، أما بعد؛
Uniknya kehidupan seorang Muslim adalah kerana ia dipenuhi dengan amal-amal soleh, ibadah-ibadah yang disyariatkan yang menjadikannya sentiasa dalam ibadah yang berterusan; yang mengubah seluruh kehidupannya menjadi perkataan yang baik, amal yang soleh dan sentiasa maju menuju Allah yang Maha Agung lagi Tinggi, tanpa malas, futur atau terputus-putus. Ia bermakna bahawa kehidupan manusia yang Muslim itu wajib dijadikan seluruhnya sebagai ibadah, taat dan amal soleh yang mendekatkannya kepada Allah Taala, yang menghubungkannya dengan Penciptanya yang Maha Agung dalam setiap juzuk kehidupannya dan dalam setiap urusan kehidupannya.Kerana inilah, kehidupan manusia yang Muslim itu hampir tidak terputus daripada menunaikan sejenis ibadah yang membayangkan manhaj kehidupan yang menyeluruh lagi sempurna. Sebagai contoh, dia dipertanggungjawabkan untuk menunaikan Solat lima waktu yang diagihkan masa-masanya dalam tempoh sehari semalam, Solat Jumaat pada setiap minggu, Puasa Ramadhan pada setiap tahun, yang apabila dia telah melepasinya (bulan Ramadhan), maka dia digalakkan untuk berpuasa enam hari daripada bulan Syawal, puasa Isnin dan Khamis dari setiap minggu, puasa tiga hari dari setiap bulan, dan kemudian apabila datang sepuluh hari pertama dari bulan Zulhijjah, maka amal-amal soleh tadi diterima dengan penerimaan yang agung daripada Allah Taala.
Bukan setakat itu, malah di sana ada pula ibadah Haji dan menunaikan Manasik, Umrah, puasa Hari Arafah bagi yang tidak mengerjakan Haji, kemudian puasa Hari ‘Asyura dan hari sebelumnya atau selepasnya, sebagai tambahan daripada Zakat yang diwajibkan ke atasnya, galakan untuk bersedekah dan Ihsan, memperbanyakkan ibadah Tatawwu’, dan menyuruh dengan kebaikan dan mencegah dari kemungkaran dengan kata-kata, amal atau niat, serta ibadah-ibadah lain, ketaatan-ketaatan dan pendekatan melalui perkataan dan perbuatan yang menjadikan kehidupan Muslim sebagai kehidupan yang baik, dipenuhi dengan ibadah-ibadah yang berterusan, yang terikat dengannya dalam bentuk yang sentiasa baharu, sebagaimana Firman Allah s.w.t:
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ
“Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain).”
[Asy-Syarh (94): 7]
Dalam tafsiran yang lain,“Apabila engkau telah lapang, maka bekerjalah.”
Ini menjadikan kehidupan Muslim itu sebagai karnival tahunan yang wajib ke atasnya untuk merebut setiap peluang dan mengumpul bekalan-bekalan kebaikan di dalamnya dengan cara menunaikan ibadah-ibadah yang disyariatkan, memelihara amal-amal dan perkataan-perkataan bermanfaat yang mendekatkannya kepada Allah Taala dan membantunya mengharungi setiap situasi kehidupan dengan jiwa yang baik dan keazaman yang benar.
Berikut adalah perbincangan tentang kelebihan salah satu karnival kebaikan yang baharu dalam kehidupan manusia Muslim itu, yang dipraktikkan dalam sepuluh hari pertama dari bulan Zulhijjah, yang memiliki kelebihan dan ciri-ciri, dan penerangan tentang jenis-jenis ibadah dan ketaatan yang disyariatkan di dalamnya; di samping beberapa pengajaran tarbawi daripadanya.
KELEBIHAN HARI SEPULUH
1. Dalam al-Quran:Telah datang petunjuk kepada kelebihan Hari Sepuluh ini di dalam beberapa ayat al-Quran, antaranya firman Allah Taala:وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ
لِّيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۖ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan)mu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai-bagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh, supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu daripada (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.”
[Al-Haj (22): 27 – 28]
Ia menepati firman Allah s.w.t:
وَالْفَجْرِ. وَلَيَالٍ عَشْرٍ
“Demi waktu fajar; dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).”
[Al-Fajr (89): 1-2]
Ibnu Katsir telah menyokong pendapat ini dalam tafsirnya terhadap ayat ini dengan berkata: “Dan Malam Sepuluh yang dikehendaki dengannya adalah sepuluh Zulhijjah sebagaimana yang telah dikatakan oleh Ibnu ‘Abbas, Ibnu az-Zubair, Mujahid dan lebih daripada seorang daripada golongan Salaf dan Khalaf.” [Ibnu Katsir; jilid 4, muka surat 535]
Dari sini boleh dikatakan bahawa kelebihan Hari Sepuluh dari bulan Zulhijjah telah datang secara jelas dalam al-Quran al-Karim yang telah menamakannya dengan hari yang tertentu kerana keagungan kelebihannya dan kemuliaan kedudukannya.
2. Dalam Sunnah Nabawi:Telah datang juga sebutan Hari Sepuluh dari Zulhijjah dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang antaranya:
Hadis Pertama:
عن ابن عباس – رضي الله عنهما – أنه قال: يقول رسول الله صلى الله عليه وسلم: "ما من أيامٍ العمل الصالح فيها أحبُّ إلى الله من هذه الأيامِ (يعني أيامَ العشر)." قالوا: "يا رسول الله، ولا الجهادُ في سبيل الله؟" قال: ولا الجهادُ في سبيل الله إلا رجلٌ خرج بنفسه وماله فلم يرجعْ من ذلك بشيء
[أبو داود؛ الحديث رقم 2438، ص 370]
Daripada Ibnu ‘Abbas r.a., sesungguhnya dia telah berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada hari-hari yang amal soleh di dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini (bermaksud Hari Sepuluh).” Para sahabat telah berkata: “Wahai Rasulullah, dan tidak juga jihad di jalan Allah?” Baginda telah bersabda:“Dan tidak juga jihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang telah keluar dengan jiwanya dan hartanya dan tidak pulang darinya dengan sesuatu pun.”
[Abu Daud; hadis no. 2438, muka surat 370]
Hadis Kedua:
عن جابرٍ – رضي الله عنه – عن النبي – صلى الله عليه وسلم – أنه قال: إن العشرَ عشرُ الأضحى، والوترُ يوم عرفة، والشفع يوم النحر
[رواه أحمد؛ ج 3، الحديث رقم 14551، ص 327]
Daripada Jabir r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Sepuluh itu adalah sepuluh hari Adha, hari ganjil ‘Arafah dan hari Syafa’at Nahar.”
[Diriwayatkan oleh Ahmad; jilid 3, hadis no. 14551, muka surat 327]
عن جابر – رضي الله عنه – أنه قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – : "ما من أيامٍ أفضل عند الله من أيامَ عشر ذي الحجة." قال: "فقال رجلٌ: "يا رسول الله، هن أفضل أم عِدتهن جهاداً في سبيل الله؟ قال: هن أفضل من عدتهن جهاداً في سبيل الله
[ابن حبان؛ ج 9، الحديث رقم 3853، ص 164]
Daripada Jabir r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Tiada hari yang lebih baik di sisi Allah dari hari-hari sepuluh Zulhijjah.” Jabir telah berkata: “Maka seorang lelaki telah berkata: “Wahai Rasulullah, ia (sepuluh Zulhijjah) lebih baik atau menyediakannya untuk berjihad di jalan Allah?” Rasulullah telah bersabda: “Ia (sepuluh Zulhijjah) lebih baik daripada menyediakannya untuk berjihad di jalan Allah.”
[Ibnu Hibban; jilid 9, hadis no. 3853, muka surat 164]
عن ابن عباس – رضي الله عنهما – عن النبي – صلى الله عليه وسلم – أنه قال: "ما من عملٍ أزكى عند الله ولا أعظم أجراً من خيرٍ يعمله في عشر الأضحى." قيل: "ولا الجهادُ في سبيل الله؟" قال: "ولا الجهادُ في سبيل الله إلا رجلٌ خرج بنفسه وماله فلم يرجعْ من ذلك بشيء." قال: وكان سعيد بن جُبيرٍ إذا دخل أيام العشر اجتهد اجتهاداً شديداً حتى ما يكاد يُقدرُ عليه
[رواه الدارمي؛ ج 2، الحديث رقم 1774، ص 41]
Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda: “Tiada amal yang lebih suci di sisi Allah dan tiada yang lebih agung ganjarannya daripada kebaikan yang diamalkan dalam sepuluh Adha.” Seseorang telah berkata: “Walaupun jihad di jalan Allah?” Baginda telah bersabda: “Walaupun jihad di jalan Allah, kecuali seorang lelaki yang telah keluar dengan diri dan hartanya lalu tiada yang pulang darinya sesuatu pun.” Ibnu ‘Abbas telah berkata: “Sa’id Bin Jabir dahulu, jika telah masuk hari-hari sepuluh itu, dia akan bersungguh-sungguh sehingga dia hampir-hampir tidak mampu melakukannya.”
[Diriwayatkan oleh ad-Darimi; jilid 2, hadis no. 1774, muka surat 41]
عن جابر – رضي الله عنه – أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: "أفضل أيام الدنيا أيام العشر يعني عشر ذي الحجة." قيل: "ولامثلهن في سبيل الله؟" قال: ولامثلهن في سبيل الله إلا من عفّر وجهه في التُراب
[رواه الهيثمي؛ ج 4، ص 17]
Daripada Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Sebaik-baik hari di dunia ini adalah hari-hari sepuluh, iaitu sepuluh Zulhijjah.” Seseorang telah berkata: “Tiadakah yang sepertinya di jalan Allah?” Baginda telah bersabda: “Tiada yang sepertinya di jalan Allah kecuali bagi sesiapa yang telah dijauhkan wajahnya daripada kotoran.”
[Diriwayatkan oleh al-Haitsami; jilid 4, muka surat 17]
Dari sini, boleh kita katakan bahawa keseluruhan hadis ini menerangkan bahawa yang dimaksudkan dengan hari-hari sepuluh itu adalah hari-hari sepuluh awal dari bulan Zulhijjah yang diberkati. CIRI-CIRI HARI-HARI SEPULUH:
Hari-hari sepuluh awal dari bulan Zulhijjah memiliki ciri-ciri khusus yang banyak. Sama-sama kita ingati sebahagiannya sebagaimana berikut:1. Sesungguhnya Allah s.w.t. telah bersumpah dengannya dalam Kitab-Nya dengan berfirman:
وَالْفَجْرِ. وَلَيَالٍ عَشْرٍ
“Demi waktu fajar; dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).”
[Al-Fajr (89): 1-2]
Tidak boleh disangkal lagi bahawa sumpah Allah berkenaan perkara itu menggambarkan kemuliaan dan kelebihannya.2. Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menamakannya dalam Kitab-Nya sebagai “hari-hari yang tertentu”. Hal ini menunjukkan bahawa Dia telah mensyariatkannya dengan menyebutnya secara khusus di dalam Kitab-Nya itu, seperti dalam Firmannya:
وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ
"Serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu,”
[Al-Hajj (22): 28]
Sebagaimana telah didatangkan dalam sebahagian tafsir berkenaan Hari-hari yang tertentu itu adalah hari-hari sepuluh awal dari bulan Zulhijjah.
3. Sesungguhnya amal-amal soleh pada hari-hari ini sangat dicintai oleh Allah s.w.t. berbanding hari-hari selainnya:
فعن عبد الله بن عمر – رضي الله عنهما – أنه قال: "قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم –: ما من أيام أعظم عند الله، ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر فأكثروا فيهن من التكبير والتهليل والتحميد
[رواه أحمد؛ ج 2، ص 131، الحديث رقم 6154]
Daripada Abdullah bin Umar r.a., sesungguhnya dia telah berkata: “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Tiada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan tiada amal yang lebih dicintainya di dalamnya daripada hari-hari sepuluh ini, oleh itu perbanyakkanlah di dalamnya Takbir, Tahlil dan Tahmid.”
[Diriwayatkan oleh Ahmad; jilid 2, muka surat 131, hadis no. 6154]
4. Sesungguhnya di dalamnya terdapat “Hari Tarwiyah”; iaitu hari kelapan Zulhijjah yang dimulakan padanya amalan-amalan Haji.
فعن أم المؤمنين عائشة – رضي الله عنها – أنها قالت: "عن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: "ما من يومٍ أكثر من أن يُعتق الله عز وجل فيه عبداً من النار، من يوم عرفة، وإنه ليدنو ثم يُباهي بهم الملائكة، فيقول: ما أراد هؤلاء؟
[رواه مسلم؛ الحديث رقم 3288، ص 568]
Daripada Ummi Mukminin ‘Aishah r.a. sesungguhnya dia telah berkata: “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Tiada hari yang lebih ramai Allah s.w.t. bebaskan para hamba-Nya dari neraka daripada Hari ‘Arafah, sesungguhnya Dia akan mendekat dan berbangga dengan mereka di hadapan para Malaikat seraya berfirman: “Apakah yang mereka itu inginkan?”
[Diriwayatkan oleh Muslim; hadis no. 3288, muka surat 568]
6. Sesungguhnya di dalamnya terdapat “Malam Perhimpunan”; iaitu malam Muzdalifah yang para haji bermalam padanya, iaitu pada malam kesepuluh dari bulan Zulhijjah selepas mereka meninggalkan ‘Arafah.
8. Sesungguhnya di dalamnya terdapat “Hari Penyembelihan”; iaitu hari kesepuluh Zulhijjah yang dianggap sebagai hari teragung dunia:
روي عن عبد الله بن قُرْط عن النبي – صلى الله عليه وسلم – أنه قال: إن أعظم الأيام عند الله تبارك وتعالى يومُ النحر، ثم يوم القَرِّ
[رواه أبو داود؛ الحديث رقم 1765، ص 271]
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Qurt bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda: “Sesungguhnya hari-hari teragung di sisi Allah adalah hari Penyembelihan, kemudian hari Qar.”
[Diriwayatkan oleh Abu Daud; hadis no. 1765, muka surat 271]
9. Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menjadikannya sebagai masa untuk mendekatkan diri kepada-Nya dengan sembelihan korban; seperti Pasar Hadyi yang khusus untuk para haji dan Aidil Adha yang berkongsi antara para jemaah haji dan kaum Muslimin lain yang tidak mengerjakan haji.
11. Sesungguhnya hari-hari yang diberkati ini dianggap sebagai karnival tahunan yang berulang-ulang yang mengumpulkan di dalamnya ibu-ibu ibadah sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Ibnu Hajar dengan katanya: “Yang jelas adalah bahawa sesungguhnya sebab yang menjadikan sepuluh Zulhijjah itu istimewa adalah di dalamnya terkumpul semua ibu ibadah iaitu Solat, Puasa, Sedekah dan Haji, yang tidak datang pada hari-hari lain.” [Fathul Bari]
12. Sesungguhnya ia adalah hari-hari yang dikongsikan kebaikan dan kelebihannya untuk para jemaah Haji ke Rumah Allah dan juga mereka yang tidak mengerjakan Haji; yang menetap di negara mereka masing-masing; kerana kelebihan hari-hari itu tidak terikat dengan tempat tertentu kecuali untuk para jemaah Haji.
SEBAHAGIAN IBADAH DAN KETAATAN YANG DISYARIATKAN PADA HARI-HARI SEPULUH INI:
Tidak syak lagi bahawa beribadat kepada Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya dengan ketaatan melalui perkataan ataupun melalui perbuatan adalah perkara-perkara yang wajib dan dituntut dari seorang Muslim dalam setiap waktu dan ketika. Ibadah itu ditegaskan lagi pada sebahagian waktu dan munasabah tertentu antaranya adalah pada hari-hari sepuluh dari bulan Zulhijjah ini sebagaimana yang telah ditunjukkan dalam beberapa ayat al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. kepada beberapa ibadah yang digalakkan itu. Antaranya adalah seperti berikut:- Memperbanyak mengingati dan menyebut nama Allah s.w.t., berdoa memohon kepada-Nya dan tilawah al-Quran
Allah s.w.t. berfirman:
وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ
"...serta memperingati dan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu,”
[Al-Hajj (22): 28]
Juga sebagaimana galakan dalam hadis Nabi s.a.w. agar memperbanyak mengingati dan menyebut nama Allah pada hari-hari ini dengan galakan yang khusus:روي عن عبد الله بن عمر – رضي الله عنهما – أنه قال: "قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم –: "ما من أيام أعظم عند الله، ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر، فأكثروا فيهن من التكبير، والتهليل، والتحميد
[أحمد؛ ج 2، ص 131، الحديث رقم 6154]
Terdapat juga kisah-kisah di mana sebahagian Salaf telah keluar menuju pasar-pasar pada hari-hari sepuluh ini, lalu mereka bertakbir dan orang ramai mengikuti takbir mereka itu, kerana suara takbir dan menyebut nama Allah itu digalakkan untuk ditinggikan, sama ada di penghujung solat, di pasar-pasar, di rumah-rumah, di jalan-jalan atau di tempat-tempat lain. Digalakkan juga memperbanyak doa yang baik pada hari-hari ini untuk merebut kelebihannya dan berasa tamak untuk dikabulkan.- Memperbanyak solat sunat
Nabi s.a.w. telah menyatakan galakan terhadap perbuatan ini secara lisan dan perbuatan sebagaimana yang dikuatkan oleh hadis ini:
روي عن ثوبان – رضي الله عنه – أنه قال: "سألت عن ذلك رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فقال: عليك بكثرة السجود لله؛ فإنّك لا تسجد لله سجدةً إلا رفعك الله بها درجةً، وحطَّ عنك بها خطيئةً
[رواه مسلم؛ الحديث رقم 1093، ص 202]
Diriwayatkan daripada Thauban r.a., katanya: “Aku telah bertanya tentang perkara tersebut kepada Rasulullah s.a.w, lalu baginda bersabda: “Hendaklah engkau memperbanyak sujud kepada Allah kerana dengan setiap sujud engkau kepada Allah itu, Allah akan mengangkatkan untukmu satu darjat dan Allah akan menjauhkan darimu satu kesalahan.”
[Diriwayatkan oleh Ahmad; hadis no. 1093, muka surat 202]
- Menyembelih binatang korban
- Memperbanyak sedekah dalam bentuk kebendaan dan maknawi
مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ وَلَهُ أَجْرٌ كَرِيمٌ
“Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat gandakan balasannya? Dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar!”
[Al-Hadid (57): 11]
Selain itu, dengannya juga jalinan hubungan kemasyarakatan dapat dikukuhkan melalui perhatian tentang keadaan para fakir, miskin, anak-anak yatim, orang-orang yang memerlukan dan memenuhi keperluan mereka. Bahkan pada sedekah itu juga terdapat ganjaran yang agung walaupun diberikan dalam bentuk maknawi, bukan dalam bentuk material:فقد ورد في الحديث عن النبي – صلى الله عليه وسلم – أنه قال: "على كل مُسلمٍ صدقة." فقالوا: "يا نبي الله! فمن لم يجد؟" قال: "يعمل بيده فينفع نفسه ويتصدق." قالوا: "فإن لم يجد؟" قال: "يُعين ذا الحاجة الملهوف." قالوا: "فإن لم يجد؟" قال: فليعمل بالمعروف وليُمسك عن الشر فإنها له صدقةٌ
[رواه البخاري؛ الحديث رقم 1445، ص 233]
Sebagaimana yang terdapat dalam satu hadis daripada Nabi s.a.w, sabdanya: “Setiap Muslim itu perlu bersedekah.” Para sahabat bertanya: “Wahai Nabi Allah! Bagaimana pula bagi orang yang tidak mampu?” Baginda bersabda: “Hendaklah dia bekerja dengan tangannya yang memberi manfaat untuk dirinya dan bersedekah dengannya.” Para sahabat bertanya pula: “Jika dia masih tidak mampu?” Baginda bersabda: “Hendaklah dia membantu orang yang memiliki keperluan yang mendesak.” Para sahabat bertanya lagi: “Jika dia masih tidak mampu?” Baginda bersabda: “Hendaklah dia melakukan yang makruf dan mencegah keburukan dan perbuatan itu adalah sedekah baginya.”
[Diriwayatkan oleh al-Bukhari; hadis no. 1445, muka surat 233]
- Berpuasa
عن بعض أزواج النبي – صلى الله عليه وسلم – قالت: "كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يصوم تسعَ ذي الحجة، ويوم عاشوراء، وثلاثة أيامٍ من كُلِ شهر، أول اثنين من الشهر والخميس
[رواه أبو داود؛ الحديث رقم 2437، ص 370]
Beberapa isteri Nabi s.a.w. telah berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. akan berpuasa pada sembilan Zulhijjah, hari ‘Asyura, tiga hari dari setiap bulan, Isnin pertama setiap bulan dan Khamis.”
[Diriwayatkan oleh Abu Daud; hadis no. 2437, muka surat 370]
Bukan hanya ini sahaja... Selain puasa itu adalah antara ibadah yang dapat mendekatkan para hamba kepada Allah s.w.t. dan ganjarannya juga agung, terdapat juga ganjaran lain sebagaimana hadis berikut:فقد روي عن أبي قتادة الأنصاري – رضي الله عنه – أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – سئل عن صوم يوم عرفة فقال: يُكفِّر السنة الماضية والباقية
[رواه مسلم؛ الحديث رقم 2747، ص 477]
Telah diriwayatkan daripada Abi Qatadah al-Ansari r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah ditanya tentang Puasa Hari ‘Arafah, lalu Baginda bersabda: “Ia menghapuskan (dosa) tahun yang lalu dan tahun yang selepasnya.”
[Diriwayatkan oleh Muslim; hadist no. 2747, muka surat 477]
- Qiamullail
وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا
“Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri.”
[Al-Furqan (25): 64]
Mereka menghabiskan malam mereka untuk menyembah Allah s.w.t. dengan mengerjakan solat, bertahajjud, mengingat dan menyebut nama Allah, memohon keampunan dan berdoa kepada Allah, memohon kelebihannya dan memohon perlindungan daripada azab-Nya.- Taubat dan kembali kepada Allah
وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
[An-Nur (24): 31]
Taubat yang benar itu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan dan jaminan masuk syurga denga izin Allah s.w.t, kerana orang yang bertaubat daripada dosa itu seperti orang yang tiada dosa padanya. BEBERAPA PENGAJARAN TARBAWI YANG DIPEROLEH DARI HADIS-HADIS KELEBIHAN HARI-HARI SEPULUH:
1. Peringatan Nabi yang bersifat tarbawi itu menunjukkan bahawa amal soleh pada hari-hari sepuluh dari bulan Zulhijjah itu lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada hari-hari selainnya. Padanya terdapat tarbiah untuk jiwa Muslim agar mengambil berat terhadap peluang tahunan ini yang hanya datang sekali setahun sahaja, juga kepentingan merebutnya dengan melakukan amal ketaatan secara lisan dan perbuatan, kerana padanya terdapat peluang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Ia juga dapat membekalkan jiwa manusia dengan makanan roh yang akan meningkatkan sisi maknawi seorang manusia itu, yang akan dapat membantunya mengharungi kehidupan.
3. Kelangsungan hubungan seorang manusia Muslim sepanjang hayatnya bersama Penciptanya Yang Maha Agung melalui pelbagai jenis ibadah yang berbeza-beza itu adalah dengan tujuan agar dia dapat merealisasikan makna ibadah yang sebenar dengan cara melakukan ketaatan yang benar dan kepatuhan yang suci. Inilah yang mengukuhkan bahawa kehidupan Muslim itu seluruhnya adalah ketaatan kepada Allah s.w.t. bermula sejak hari lahirnya hinggalah ke liang lahad sebagaimana yang diungkapkan dalam perbahasan berikut ini:
فالعبادة بمعناها النفسي التربوي في التربية الإسلامية فترة رجوعٍ سريعةٍ من حينٍ لآخر إلى المصدر الروحي ليظل الفرد الإنساني على صلةٍ دائمةٍ بخالقه، فهي خلوةٌ نفسيةٌ قصيرةٌ يتفقد فيها المرء نفسيته صفاءً وسلامةً
[عبد الحميد الهاشمي؛ 1405هـ، ص 466]
“Ibadah itu menurut makna tarbiah kejiwaan dalam tarbiah Islamiyah adalah detik kembali yang segera dari masa ke masa kepada sumber roh agar individu itu sentiasa berhubungan dengan Penciptanya. Oleh itu ia adalah pengasingan jiwa yang singkat di mana seseorang itu mampu menilik jiwanya dan kembali semula kepada kesucian dan kesejahteraan.”
[Abdul Hamid al-Hasyimi; 1405 H, muka surat 466]
4. Kesyumulan amal soleh yang mendekatkan seseorang itu kepada Allah s.w.t. melalui tujuannya mendapatkan perhatian Allah dan keredhaan-Nya, sama ada melalui perkataan ataupun perbuatan; sebagaimana yang dimaksudkan oleh hadis Nabi s.a.w. tentang amal soleh; di mana kata khusus dengan “alif-lam” yang menunjukkan jenis itu merangkumi perkara umum dan tidak khusus; padanya terdapat tarbiah agar diperbanyakkan amal-amal soleh, sebagaimana padanya juga terdapat sisi tarbawi yang tidak boleh diabaikan, iaitu kepelbagaian ibadah dan jenis-jenisnya itu dapat memenuhi semua aspek perkembangan utama (jasad, roh dan akal) dan aspek-aspek lain pada diri seorang Muslim itu.
6. Islam memuliakan dan mengagungkan salah satu rukun Islam yang agung iaitu Haji sebagai satu amalan yang agung yang mengandungi unsur tarbiah yang pelbagai yang tertonjol melalui penyucian seorang individu Muslim daripada hawa nafsunya dan dorongan-dorongan kebendaan, kebebasannya dari ikatan keduniaan, usahanya memenuhi keperluan aspek rohani yang menuntut penjagaan umum dan persediaan khusus untuk melakukan amal-amal soleh sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. dalam banyak hadisnya, kerana padanya terdapat persiapan yang baik agar amal Haji itu diterima, dan dorongan yang kuat untuk melaksanakannya dalam bentuk yang selayaknya dengan kedudukan Haji itu yang – tidak diragukan – merupakan satu kedudukan yang tinggi lagi agung.
Bukan setakat ini sahaja; hari-hari yang agung ini menyimpan banyak pengajaran dan tarbiah, yang kita semua perlu manfaatkan dalam setiap sudut kehidupan kita dan mengambil ilham dalam setiap perkara.
والله نسأل التوفيق والسدّاد، والهداية والرشاد، والحمد لله رب العباد
*******************************
mari kaut pahala byk2~~
sebagaimana kita takkan lepaskan peluang beli barang time sale,
seperti itulah patutnya kita menghadapi sepuluh hari terawal di bulan Zulhijjah.
cuma kadang2,
kita je yang tak tahu atau tak ambil tahu bila masa2 sale yg Allah dh offer pada kita.
ternyata tak terkata
rinduku pada-Mu
ku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya
namun ku tetap berjanji akan masih mencuba
secebis perasaan ku hamparkan
membawa sejuta harapan
menagih cinta teragung dari-Mu
No comments:
Post a Comment