tinggal lg beberapa jam sebelum sy & rakan2 meninggalkan bumi sakura untuk ke ...(alamak..ireland tu kira bumi ape eh?!) doakan perjalanan kami, selamat sampai dan selamat kembali.. semoga kami semua bermusafir bersama sejuta erti. bukan setakat jalan-jalan meronda bumi asing, tapi sebuah pemergian yg mencari nilai diri, semoga kami temui...agak kecewa sedikit bila tak dapat sama2 ke bumi andalus..kepingin mahu menjejak kaki ke sana.. T_T cordova, alhambra..pusaka milik kita.. bukan semata untuk diteliti keindahannya..tetapi buat memahami rasa yang sama..cinta..pada Dia.
Pemergian ini
Diiringi sebuah misi
Harapan ummah perlu diisi
Bukan untuk menghibur diri
Sekeping hati memohon pinta diubati..
“maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati, yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.”
(al-Hajj, 22 : 46)
“Dan Kami turunkan dari al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat
bagi orang-orang yang beriman dan al-Qur’an itu tidaklah menambah
kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.”
(al-Isra’, 17 : 82)
ALLAH knows BEST!