Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, February 16, 2011

History Repeats Itself

Tika rasa itu
Menjelma lagi
Hiba rasa dalam hati
Sungguh
Andai benar dikata cinta
Suluhkan jalan untuk ke syurga
Andai benar sayang dirasa
Jauhkan dari gaung neraka
Namun
Aku hanya manusia
Punya doa dan air mata cuma
Turunkan rahmat-Mu YaWahhab
Pancarkan nur hidayah-Mu Ya Latif
Izinkan keberkatan mengisi hidup Ya Mujib
Dalam doa ku pinta
Bersama air mata pengubat luka
Kerana sungguh
Dalam hati punya rasa


‘Dan barangsiapa kafir maka kekafirannya itu janganlah menyedihkanmu.
Hanya kepada Kami-lah mereka kembali, lalu Kami beritakan kepada mereka 
apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati.’  
[Luqman,31:23]

‘Dan sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat);
mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar).’ 
[As-Sajadah,32:21]



福岡空港
2011年2月16日


***********************************************
Di dalam sahih Bukhari hadis yang disampaikan dari al-Musayyab : Bahawa Abu Talib ketika hampir kewafatannya beliau telah dihadiri oleh Rasulullah (s.a.w) di sampingnya juga Abu Jahal, di sini Baginda menyeru Abu Talib : Wahai ayahanda sebutlah 'La ilaha illallah' , satu kalimah yang boleh ku berhujah dengannya di hadapan Allah esok. Kata Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umaiyah : Wahai Abu Talib, mahu kau tinggal agama bapa kau Abdul Muttalib? Beginilah keadaan mereka berdua, tarik-menarik Abu Talib ke pihaknya, akhirnya Abu Talib menyebut : Aku di dalam agama Abdul Muttalib bersama hembusan nafas terakhir, di ketika itu Rasulullah (s.a.w) berkata : Sesungguhnya akan ku beristighfar untuk kau selagi mana aku tidak ditegah berbuat sesuatu untuk kau. Di masa itu turunlah wahyu Allah :

"Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang yang beriman, meminta ampun bagi orang yang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang musyrik itu adalah ahli neraka."
(at-Taubah, 9 : 113)

Dan juga turun ayat,

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah (petunjuk) kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima islam), tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."
(al-Qasas, 28 : 56)

sumber : al-Raheeq al-Makhtum

No comments:

Post a Comment