Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Monday, April 18, 2011

dan burung-burung berkicauan

Hafshah r.a. berkata, 
"Ketika telah terbit fajar, Rasulullah tidak melakukan solat sunat kecuali dua rakaat yang singkat."
(HR Muslim)

Diriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Nabi saw bersabda, 
"Solat sunat dua rakaat fajar lebih baik daripada dunia dan isinya."
(HR Muslim)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah membaca surah Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun dan Qul Huwallahu Ahad di dalam solat dua rakaat fajar.
(HR Muslim)

*sekarang adalah musim-musim yg agak mencabar utk bangun solat subuh. so, ganbarimasyou~

it's nice having a loo~ng morning before going to school (^^,)


(ehsan encik google)

Thursday, April 14, 2011

絆に感謝します -Thank you for the Kizuna-

kata2 東京電力社長 (kalau x silap sy) dlm kenyataan yg dibuat dlm Fuji Television dua hari yg lepas..


Kasih Allah melimpah ruah
Datang dari segenap arah
Masihkah tidak mahu berubah?
Perlukah menunggu sehingga rebah?


want to go to school early today. when i say early, i mean EARLY.
ー最後の一年間、充実したいー
in love with Rikdai mode (^^,)

Wednesday, April 13, 2011

恋落ちた、もう一度

tak berjaya berjogging hari ini...................atas sebb2 yg x dpt dielakkan..
tp sy ganti dgn jln2 ptg ke konbini utk membayar bil~

sy jumpa ini waktu godek2 aspire550z sy..
moga bermanfaat!
sy sendiri dh tak ingat ape maksud nombor2 kat bawah tu..


Kerna sayang...

Maaf
Ku pohon
Sebelum menzahir kata-kata
Yang mungkin mengguris rasa
Sahabat yang ku sayang semua


Maaf lagi
Ku sedar diri
Aku makhluk ciptaan Ilahi
Yang kurang serba-serbi
Banyak salah sana-sini
Ku harap kalian nasihati
Andai ku hanyut terkapai sendiri
Ku takkan mampu harungi seorang diri
Itu hikmah kalian di sisi
Menemani, menasihati


Maaf sekali lagi
Terkadang aku tak mampu
Luahkan teguran buat peringatan
Gusar kalian sukar terima
Lantas aku harus bagaimana?
Lihat kalian lalai dan leka
Jiwaku rasa terdera
Hatiku rasa sakitnya
Kerana sungguh
Kalian ku sayang semua


Maaf, maaf, maaf
Itu jua yang ku pinta
Izin ku curah sedikit rasa
Ingin ku ajak kalian mengira
Kerana kalian
Sahabatku yang bijaksana
Add mate ku rasa A1 semua
Hidup di dunia berapa lama?
Dunia di sana adakah akhirnya?
Sungguh aku tak mampu cari penyelesaiannya
Andai waktu itu ibaratkan infiniti
Mungkinkah sama lamanya
Dengan hidup di alam sana?
Dibanding dengan hayat kita di dunia?
Yang entah beberapa sahaja
Sisa nafas yang ada
Tak mustahil esok
Di liang lahad kita berada
Cukupkah bekalan yang dibawa?
Adakah nilai di sisi-Nya?
Alhamdulillah
Ku jumpa jawapan pasti
Rujuklah kalam penyejuk hati
Surah al-Mu'minun ayat 114
Jelas tertulis segala-galanya
Lama kita di dunia sebentar cuma
Jika nak dibandng dengan hidup di sana
Kekal, kekal, kekal selamanya
Aku tak mahu diseksa
Ku yakin aku tak daya terima
Azab neraka khas buat insan berdosa
Ku juga tak ingin kalian diseksa
Kerana sesungguhnya
Kalian sahabat yang ku sayang sepenuhnya


Maaf terakhir ku pohon
Andai ada yang tersinggung
Percayalah sahabat
Sungguh ku tiada niat
Sekadar mencoret sedikit nasihat
Kerana aku
Dan kalian semua
Punya ikatan akidah yang sama
Destinasi kita bukan dunia
Ku juga ingin melihat
Kita semua dapat tenang berehat
Di alam yang tiada had


-3343942142-


*dah berjaya selesaikan misteri nombor di atas (^^,)


無事に帰って、良かった! =)

Thursday, April 7, 2011

OpS rUmAh

telah berjaya men'clean' kan bilik sy!

kertas2 & surat2 'terpakai' dh selamat masuk dlm plastik sampah. say no to sentimental value.. (boleh percaya ke ni..? =)  )
ye la, mana tahu kot2 thn depan dh nak kena balik malaysia, kenala start mengemas dr sekarang, ye tak.. tp, kenape ade 'kot' di situ.. kerana sy sememangnye tak tahu apa yg Allah rancang utk sy. apa yg sy tahu, apa yg Allah rancang, itulah yg terbaik utk sy, juga utk awak, dia dan kamu semua. 
sblm start mengemas, dh kna set mind seolah2 konon2 mcm nk pindah rumah. sbb bila nak pindah rumah, kita jarang simpan barang yg kita takkan betul2 guna, betul x? so, banyak la jugak kertas2 nota, jadual2 exam yg dulu sayang nak buang, pamplet yg diambil time jalan2, menjadi habuan plastik sampah pg td. sebenarnya brg yg kita guna tak de la banyak mana pun, tp barang yg kita simpan tu...

kalau la kita cbe bygkn hidup kita ni mcm pengembara je, confirm tv pun kita tak nak beli. ye la, siapa yg nak angkut tv tu pergi merata2 tempat, ye tak? buat sakit bahu je =D

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu, lbnu 'Umar r.a. pernah berkata: Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

semoga dengan sentiasa mengingati mati, bisa menjernihkan dan menghidupkan hati!
yuk berusaha~~