Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, April 13, 2011

恋落ちた、もう一度

tak berjaya berjogging hari ini...................atas sebb2 yg x dpt dielakkan..
tp sy ganti dgn jln2 ptg ke konbini utk membayar bil~

sy jumpa ini waktu godek2 aspire550z sy..
moga bermanfaat!
sy sendiri dh tak ingat ape maksud nombor2 kat bawah tu..


Kerna sayang...

Maaf
Ku pohon
Sebelum menzahir kata-kata
Yang mungkin mengguris rasa
Sahabat yang ku sayang semua


Maaf lagi
Ku sedar diri
Aku makhluk ciptaan Ilahi
Yang kurang serba-serbi
Banyak salah sana-sini
Ku harap kalian nasihati
Andai ku hanyut terkapai sendiri
Ku takkan mampu harungi seorang diri
Itu hikmah kalian di sisi
Menemani, menasihati


Maaf sekali lagi
Terkadang aku tak mampu
Luahkan teguran buat peringatan
Gusar kalian sukar terima
Lantas aku harus bagaimana?
Lihat kalian lalai dan leka
Jiwaku rasa terdera
Hatiku rasa sakitnya
Kerana sungguh
Kalian ku sayang semua


Maaf, maaf, maaf
Itu jua yang ku pinta
Izin ku curah sedikit rasa
Ingin ku ajak kalian mengira
Kerana kalian
Sahabatku yang bijaksana
Add mate ku rasa A1 semua
Hidup di dunia berapa lama?
Dunia di sana adakah akhirnya?
Sungguh aku tak mampu cari penyelesaiannya
Andai waktu itu ibaratkan infiniti
Mungkinkah sama lamanya
Dengan hidup di alam sana?
Dibanding dengan hayat kita di dunia?
Yang entah beberapa sahaja
Sisa nafas yang ada
Tak mustahil esok
Di liang lahad kita berada
Cukupkah bekalan yang dibawa?
Adakah nilai di sisi-Nya?
Alhamdulillah
Ku jumpa jawapan pasti
Rujuklah kalam penyejuk hati
Surah al-Mu'minun ayat 114
Jelas tertulis segala-galanya
Lama kita di dunia sebentar cuma
Jika nak dibandng dengan hidup di sana
Kekal, kekal, kekal selamanya
Aku tak mahu diseksa
Ku yakin aku tak daya terima
Azab neraka khas buat insan berdosa
Ku juga tak ingin kalian diseksa
Kerana sesungguhnya
Kalian sahabat yang ku sayang sepenuhnya


Maaf terakhir ku pohon
Andai ada yang tersinggung
Percayalah sahabat
Sungguh ku tiada niat
Sekadar mencoret sedikit nasihat
Kerana aku
Dan kalian semua
Punya ikatan akidah yang sama
Destinasi kita bukan dunia
Ku juga ingin melihat
Kita semua dapat tenang berehat
Di alam yang tiada had


-3343942142-


*dah berjaya selesaikan misteri nombor di atas (^^,)


無事に帰って、良かった! =)

No comments:

Post a Comment