Jauh sudah kita melangkah
Pelbagai halangan diredah
Demi nama mengejar cita yang diimpikan bersama
Dulu seiringnya bertiga
Kini haluan ku berbeza
Namun rohaniku masih merasakan
Bimbingmu berkekalan
Bila dunia tak seindah
Bila langit tak secerah
Dan bila ribut melanda
Kau sinarkan segala
Walau tak di bibir tetapi di hati
Kau berdua bagaikan sepasang sayap
Untukku terbang tinggi
Usia telah mengubah kita
Kematangan dan pengalaman
Telah banyak mengajarku mendukung ertinya bersaudara
Tatkala ku berair mata
Kau ukir senyuman ceria
Menjamin esok pasti akan menanti hajat dalam hati
Tika ribut jadi riang
Tika namaku diuja
Tak pernah kau ku lupakan
Di sebalik kejayaan
Walau tak di bibir tetapi di hati
Lidahku tak terucap
Sayang yang ku rasai
Kau berdua bagaikan sepasang sayap
Untukku terbang tinggi
..bila sy post lagu ni, tandanya..