Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, June 29, 2011

RUSH

:)
               
                Sebahagian orang bertanya, "Apa hikmah isra' mi'raj?"


                Menjawab pertanyaan ini, para salaf pendahulu kita berkata, “Allah berkehendak untuk
memuliakan Nabi-Nya saw, kerana itu Allah memanggil beliau dan membukakan di hadapannya
kerajaan langit dan bumi.”

Jika Sang Raja dari semua raja memberi
Jangan sekali-kali kamu bertanya tentang sebabnya

                Kita katakan, isra’ mi’raj merupakan keharusan demi pembentukan keperibadian beliau saw. Kerana Allah swt telah mengutus beliau sebagai penghulu bagi seluruh orang yang beriman dan guru dari segala guru. Allah telah menjadikan beliau sebagai mata air jernih dan pemancar cahaya, iaitu cahaya ilmu dan petunjuk, untuk segenap makhluk. Beliau adalah dinamo yang akan memberikan energi untuk dunia secara keseluruhan, maka harus diisi dengan sebanyak mungkin ilmu dan iman. Sedangkan ilmu dan iman yang paling kuat adalah apabila muncul dari kesaksian. Kerana itu, Allah memperlihatkan kepada beliau kerajaan langit dan bumi, agar beliau termasuk dalam golongan orang-orang yang yakin, sehingga iman beliau adalah iman berdasarkan kesaksian dan ilmu beliau adalah ilmu yang berdasarkan keyakinan pula.

‘Dan kerana Allah telah menurunkan Kitab dan hikmah kepadamu, dan telah mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui. Dan adalah karunia Allah sangat besar atasmu.’
(An-Nisa’, 4 : 113)

                Jika Allah telah memperlihatkan kerajaan langit dan bumi kepada Ibrahim, maka Allah swt pun memperlihatkan kepada nabi-Nya saw kerajaan langit dan bumi tersebut, agar beliau menjadi salah seorang yang yakin, dengan bentuk yang lebih nyata dan lebih sempurnadaripada yang dilihat oleh Ibrahim. Kerana beliau adalah penutup para nabi dan sumber petunjuk bagi seluruh manusia.

‘Maha suci Allah yang telah menurunkan al-Furqan (al-Qur’an) kepada hamba-Nya agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam.’
(al-Furqan, 25 :1)

                Ini yang pertama.

                Yang kedua, dalam perjalanan ini, telah diwajibkan solat. Itu sebagai pernyataan mengenai keagungan solat. Allah swt hendak menyedarkan beliau mengenai ketinggian nilai solat, kerana itu Allah memerintahkannya langsung dari langit, agar menjadi pemakluman mengenai kuat dan agungnya keutamaan kewajiban ini dan agar menusia melihat ketinggian nilainya. Barangsiapa yang telah menegakkan kewajiban ini, bererti ia telah menegakkan agama.

                Ada hikmah ketiga, iaitu sebagai pelajaran. Allah swt seolah-olah mengatakan kepada umat ini, “Wahai umat islam, yang nabinya dikehendaki oleh Allah untuk menyaksikan ala mini sebagai penghormatan baginya, janganlah kalian menjadi ekor bagi umat lain, jangan menerima kehinaan, tetapi hendaklah kalian merasa tinggi, dan janganlah kalian berprasangka bahawa meneladani Nabi saw itu hanya untuk satu aspek  dengan mengabaikan satu aspek lain, tetapi meneladani beliau harus dalam seluruh aspek.

‘Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasul Allah itu suri teladan yang baik bagimu.’
(al-Ahzab, 33 : 21)


sumber : Ceramah-ceramah Hasan al-Banna (1)

No comments:

Post a Comment