Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label sirah. Show all posts
Showing posts with label sirah. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

RUSH

:)
               
                Sebahagian orang bertanya, "Apa hikmah isra' mi'raj?"


                Menjawab pertanyaan ini, para salaf pendahulu kita berkata, “Allah berkehendak untuk
memuliakan Nabi-Nya saw, kerana itu Allah memanggil beliau dan membukakan di hadapannya
kerajaan langit dan bumi.”

Jika Sang Raja dari semua raja memberi
Jangan sekali-kali kamu bertanya tentang sebabnya

                Kita katakan, isra’ mi’raj merupakan keharusan demi pembentukan keperibadian beliau saw. Kerana Allah swt telah mengutus beliau sebagai penghulu bagi seluruh orang yang beriman dan guru dari segala guru. Allah telah menjadikan beliau sebagai mata air jernih dan pemancar cahaya, iaitu cahaya ilmu dan petunjuk, untuk segenap makhluk. Beliau adalah dinamo yang akan memberikan energi untuk dunia secara keseluruhan, maka harus diisi dengan sebanyak mungkin ilmu dan iman. Sedangkan ilmu dan iman yang paling kuat adalah apabila muncul dari kesaksian. Kerana itu, Allah memperlihatkan kepada beliau kerajaan langit dan bumi, agar beliau termasuk dalam golongan orang-orang yang yakin, sehingga iman beliau adalah iman berdasarkan kesaksian dan ilmu beliau adalah ilmu yang berdasarkan keyakinan pula.

‘Dan kerana Allah telah menurunkan Kitab dan hikmah kepadamu, dan telah mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui. Dan adalah karunia Allah sangat besar atasmu.’
(An-Nisa’, 4 : 113)

                Jika Allah telah memperlihatkan kerajaan langit dan bumi kepada Ibrahim, maka Allah swt pun memperlihatkan kepada nabi-Nya saw kerajaan langit dan bumi tersebut, agar beliau menjadi salah seorang yang yakin, dengan bentuk yang lebih nyata dan lebih sempurnadaripada yang dilihat oleh Ibrahim. Kerana beliau adalah penutup para nabi dan sumber petunjuk bagi seluruh manusia.

‘Maha suci Allah yang telah menurunkan al-Furqan (al-Qur’an) kepada hamba-Nya agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam.’
(al-Furqan, 25 :1)

                Ini yang pertama.

                Yang kedua, dalam perjalanan ini, telah diwajibkan solat. Itu sebagai pernyataan mengenai keagungan solat. Allah swt hendak menyedarkan beliau mengenai ketinggian nilai solat, kerana itu Allah memerintahkannya langsung dari langit, agar menjadi pemakluman mengenai kuat dan agungnya keutamaan kewajiban ini dan agar menusia melihat ketinggian nilainya. Barangsiapa yang telah menegakkan kewajiban ini, bererti ia telah menegakkan agama.

                Ada hikmah ketiga, iaitu sebagai pelajaran. Allah swt seolah-olah mengatakan kepada umat ini, “Wahai umat islam, yang nabinya dikehendaki oleh Allah untuk menyaksikan ala mini sebagai penghormatan baginya, janganlah kalian menjadi ekor bagi umat lain, jangan menerima kehinaan, tetapi hendaklah kalian merasa tinggi, dan janganlah kalian berprasangka bahawa meneladani Nabi saw itu hanya untuk satu aspek  dengan mengabaikan satu aspek lain, tetapi meneladani beliau harus dalam seluruh aspek.

‘Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasul Allah itu suri teladan yang baik bagimu.’
(al-Ahzab, 33 : 21)


sumber : Ceramah-ceramah Hasan al-Banna (1)

Friday, January 28, 2011

Awan gelap berkumpul [ep. 2]

   Aswad memiliki seekor keldai yang telah dilatih untuk mematuhi arahan tertentu, dan dia menggunakan keldainya untuk membuktikan kuasanya. Dia akan memberi arahan kepada keldainya itu, "Tunduk di hadapan nabimu," dan keldai itu akan menundukkan kepalanya kepada Aswad. Kemudian dia akan mengarahnya, "Berlutut di hadapan nabimu!" dan keldai itu akan melutut. Disebabkan ini, Aswad dikenali di daerah itu sebagai Dhul Himar - Yang Berkeldai. atau 'Keldai -  Walah'. Akan tetapi, sesetengah catatan, tetap mengatakan bahawa dia tidak dikenali sebagai Dhul Himar, tetapi Dhul Khumar, iaitu Si Mabuk. Ini mungkin betul kerana dia juga ketagih arak dan sering berada dalam keadaaan mabuk. Sungguhpun begitu, puaknya mengiyakannya dan mempercayai bahawa dia adalah nabi yang asli; dan beberapa puak kecil yang lain turut mempercayai kesesatan ini.

   Aswad mengumpulkan seramai 700 orang tentera berkuda lalu mereka pun pergi ke Najran. Dia dengan mudah telah dapat menawan bandar tersebut dan menghambat keluar pentadbirnya yang beragama Islam. Dia sangat gembira dengan kemenangan mudah ini dan dia meninggalkan orangnya untuk memerintah Najran sebelum dia bergerak ke San'a. (Lihat Peta di bawah) Shahr, gabenor baru Yaman yang dilantik oleh Kerajaan Islam, mendapat tahu tentang perancangan Aswad dan memutuskan untuk memintas Aswad sebelum dia sampai ke San'a. Dengan diiringi sebuah pasukan yang kecil (dia tidak mempunyai ramai pejuang), dia keluar untuk menentang mushnya itu, dan kedua-dua pasukan itu bertembung di suatu tempat di utara San'a. Pertempuran yang ringkas dan pantas itu dimenangi oleh Aswad dan Shahr terbunuh di dalam pertempuran tersebut. Shahr meninggalkan seorang isteri  muda yang cantik bernama Azad. Lima hari kemudian Aswad memasuki San'a sebagai penakluk. Dia telah dapat melaksanakan misi jahatnya itu dengan pantas, kerana ini adalah hari ke - 25 sejak dia mengisytiharkan kenabiannya.



   Banyak kawasan Yaman kini berada di bawah kekuasannya. Dan untuk mendapatkan kemanisan maksima dari kejayaan militeri dan politiknya itu, dia telah mengahwini Azad yang cantik itu secara paksa. Janda muda itu terpaksa akur dengan kehendak Si Pemabuk atau Keldai - Walah itu.

   Setelah menakluk Najran dan San'a, Aswad memperkukuhkan penguasaannya dan meluaskan penjajahannya ke serata Yaman, banyak kabilah yang menerimanya sebagai pemerintah dan nabi. Apabila kekuasaannya semakin meluas, dia mula berasa tidak puas dengan gelaran nabi lalu mengisytiharkan dirinya sebagai Rahman Yaman. Perkataan 'Rahman' bermakna Yang Pengasih, dan ia adalah salah satu dari nama Allah. Kini Aswad cuba untuk memasuki daerah ketuhanan yang mana sesiapa yang memasukinya sudah tentu akan berakhir dengan kemusnahan. Walaubagaimanapun, pengikutnya kini memanggilnya dengan nama Rahman Yaman. Dia terus minum arak dengan banyaknya. Dan dia semakin menyukai Azad sedangkan Azad amat membencinya sehinggakan dia memberitahu temannya : "Tidak ada lelaki yang lebih ku benci dari dirinya." Dalam kekejaman yang dilakukan oleh Aswad dia masih sempat mengerjakan keluarga Bazan yang berasal dari Parsi itu dan melemparkan segala macam penghinaan dan celaan ke atas ahli keluarga mereka yang terselamat. Dengan berbuat demikian, dia telah menceri pasal dengan seorang pahlawan Islam dan juga seorang Muslim sejati bernama Fairoz Al Deilami - salah seorang ahli keluarga Bazan dan sepupu kepada Azad.

   Tanpa pengetahuan nabi palsu itu, Nabi sebenar di Madinah telah pun memulakan langkah untuk menangani masalah ini. Setelah menerima laporan terperinci akan kejahatan Aswad, Nabi menghantar Qais bin Hubaira untuk menamatkan riwayat Aswad. Qais sampai ke San'a tanpa disedari oleh sesiapa lalu dia pun menyiapkan landasan pergerakan bawah tanah untuk mengalahkan si penipu itu dan kemudian dia telah menghubungi Fairoz. Qais dan Fairoz menjadi ketua organisasi ini dan tugas mereka ialah untuk membenamkan pedang dendam ke dada Aswad dan pengikutnya. Perancangan mereka dirahsiakan.

to be continued...

 

Thursday, January 20, 2011

Awan gelap berkumpul [ep. 1]

"Orang-orang Arab Badwi itu berkata : "Kami telah beriman." Katakanlah (kepada mereka) : "Kamu belum beriman, tetapi katakanlah "Kami telah tunduk", kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu, dan jika kamu taat kepada Allah dan rasul-Nya, Dia tiada akan mengurangi sedikit pun (pahala) amalanmu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar."           (al-Hujurat, 49 : 14~15)

   Peristiwa pemurtadan besar-besaran yang pertama sekali telah berlaku di Yaman dan ia dikenali sebagai Peristiwa Aswad Al Ansi. Aswad adalah seorang ketua kaum Ans - satu puak besar yang mendiami bahagian barat Yaman. Nama sebenarnya ialah Abhala bin Kab, tetapi disebabkan warna kulitnya yang tersangat hitam maka dia digelar Aswad, iaitu Yang Hitam. Dia adalah seorang lelaki yang mempunyai pelbagai kualiti tetapi tidak banyak yang perlu dicemburui, sebenarnya, sebelum murtad, dia hanya dikenali sebagai ketua suku kaum dan penilik nasib.

   Ketika tahun kesepuluh Hijrah, penduduk selatan dan tenggara Semenanjung Arab telah memeluk agama Islam. Nabi telah menghantar beberapa orang wakil, pengajar dan pendakwah ke merata tempat untuk melaksanakan tugas tersebut dan ia boleh dikatakan telah dapat diselesaikan. Tetapi kebanyakan penduduk kawasan ini tidak menjadi Muslim yang sejati, keislaman mereka lebih disebabkan oleh terikut-ikut dan bukannya keikhlasan perubahan hati.

   Sebelum Islam, Yaman diperintah oleh seorang gabenor Maharaja Parsi. Gabenor itu adalah seorang yang berbangsa Parsi dan berketurunan raja bernama Bazan. Lelaki ini telah memeluk agama islam dan kemudian disahkan perlantikannya sebagai gabenor Yaman oleh Rasulullah. Daerah itu makmur di bawah pemerintahannya kerana dia adalah seorang pegawai yang bijak dan salih; tetapi tidak lama sebelum Nabi melakukan Haji Terakhir, Bazan meninggal dunia, dan baginda melantik anaknya Shahr, sebagai gabenor San'a. Keamanan terus kekal di Yaman, tiada awan yang menghitamkan langitnya.

   Kemudian, pada ketika Nabi melakukan Haji Terakhir, Aswad memutuskan untuk menjadi seorang nabi. Dia mengumpulkan kaumnya dan membaca beberapa potong ayat yang diakuinya sebagai ayat-ayat Quran yang diwahyukan kepadanya, dan mengumumkan bahawa dia adalah pesuruh Allah.


[sumber : Pedang Allah Khalid bin Al-Walid, Kehidupan dan Kempen-kempennya]

to be continued...

Tuesday, January 11, 2011

Begini kisahnya.. (ep terakhir)

   Tetapi apa yang berlaku seterusnya membuatnya semakin kebingungan. Ali dengan tenang bangkit dari dadanya, menyapu mukanya dan berdiri beberapa langkah darinya sambil merenung sayu ke arah lawannya. "Ketahuilah, oh Amr, aku hanya membunuh kerana Allah dan bukan kerana perkara peribadi. Oleh kerana kamu meludah ke mukaku, maka jika aku membunuhmu sekarang ini mungkin disebabkan oleh dendeam peribadi, Aku tidak mahu membunuhmu. Bangun dan kembalilah ke kaummu!"

   Gergasi itu bangkit berdiri. Tetapi dia tidak akan membawa pulang kekalahan. Jika dia tidak dapat hidup sebagai pemenang, maka mati adalah lebih baik. Dia bercadang untuk mendapatkan kemenangan buat kali terakhir, dia mengangkat pedangnya dan meluru ke arah Ali. Mungkin Ali tidak menyedari tindakannya itu. 

   Ali hanya ada cukup masa untuk mencapai pedang dan perisainya dan bersedia untuk serangan terbaru itu. Serangan yang dilakukan oleh Gergasi itu kali ini adalah serangan orang yang kehilangan punca dan ianya lebih ganas berbanding dengan yang sebelum ini. Pedangnya menghancurkan perisai Ali, tetapi hayunannya itu kehilangan momentum, dan hanya mampu melukakan dahi Ali sedikit sahaja. Luka itu terlalu kecil untuk merisaukan Ali. Sebelum Gergasi itu sempat mengangkat pedangnya sekali lagi, Ali menggunakan hujung Zulfiqar yang bersinar dipanah mentari untuk mengkelar keringkong Gergasi itu. Darahnya menyembur seperti air pancut.

   Buat seketika, Gergasi itu berdiri terpaku. Kemudian badannya terhuyung-hayang seperti orang mabuk dan kemudian dia tersembam ke tanah dan terbujur kaku.

   Bumi tidak bergegar dari impak tubuh yang besar itu, Bumi ini terlalu besar. Tetapi buka Sil'a bergegar dengan teriakan Allahuakbar yang kuat seperti guruh dari mulut 2000 orang tentera islam. Soralan kemenangan itu bergema ke seluruh ruang lembah tersebut sebelum ia terpadam dalam kesepian gurun.
Allahuakbar!
the end...





Friday, January 7, 2011

Begini kisahnya.. (ep 3)

   Kemudian sesuatu berlaku dengan terlalu pantas, tak siapa mampu mengikuti urutan kejadian yang berlaku di depan mata mereka sendiri - baik orang islam, musyrikin mahupun Gergasi itu sendiri. Ali mencampak pedang dan perisainya ke tanah; tubuhnya melompat ke udara seperti peluru dan kedua tangannya mencengkam leher Gergasi tersebut; dengan satu tendangan gusti, dia menghilangkan keseimbangan Gergasi itu lalu dia pun terjatuh ke tanah - semua ini berlaku dalam masa beberapa saat sahaja.Kini Gergasi itu terbaring sementara Ali duduk di dadanya. Kedua-dua pasukan tentera menghela nafas dan berbisik sesama sendiri, kemudian mereka menahan nafas.

   Muka Gergasi yang pada mulanya menunjukkan reaksi terkejut kini bertukar menjadi berang. Akhirnya ada juga manusia yang mempu menjatuhkannya, dan ianya dilakukan oleh budak hingusan yang tidak sampai separuh saiznya. Tetapi walaupun dia telah dijatuhkan, dia masih belum kelah lagi. Dia masih boleh memenangi perlawanan ini dan mengambil semula tempatnya sebagai pahlawan terhebat Tanah Arab. Dia akan mencampakkan budak mentah ini ke udara seperti daun ditiup angin.

   Warna muka Gergasi bertukar menjadi ungu, pembuluh darah di lehernya timbul dan otot2 tangannya menggigil bila dia cuba untuk melepaskan cangkaman Ali. Tetapi seinci pun dia tidak dapat melonggarkannya. Otot Ali seolah2 diperbuat dari besi. "Ketahuilah, Oh Amr," kata Ali dengan lembut, "kemenangan dan kekalahan bergantung kepada kehendak Allah. Terimalah islam! Bukan sahaja nyawa kamu terselamat, tetapi kamu juga akan menikmati rahmat Allah dalam kehidupan di dunia dan di akhirat." Ali mengeluarkan kerambit tajam dari tali pinggangnya dan meletakkannya dekat dengan leher Amr.

   Ini tidak dapat diterima oleeh Gergasi tersebut. Adakah dia, seorang lelaki yang dianggap sebagai pahlawan terhandal Tanah Arab terpaksa hidup di bawah bayang2 kekalahan dan keaiban? Adakah orang akan berkata bahawa dia menyelamatkan nyawanya dari terbunuh letika bertempur dengan akur kepada kehendak lawan? Tidak! Dia, Amr bin Abdu Wud, hidup dengan pedang. Dia akan mati dengan pedang. Hidup yang dipenuhi dengan keganasan mesti berakhir dengan keganasan. Dia mengumpulkan air liurnya dan meludah ke muka Ali!

   Dia sedar apa yang akan berlaku. Dia tahu nanti akan ada tarikan nafas yang tajam, tangan kanan Ali akan terangkat ke udara dan kemudian menghenjut kerambit itu ke lehernya. Amr adalah lelaki yang berani dan dia berani menghadapi maut tanpa mengerdipkan mata. Dia menaikkan dadanya dan meninggikan dagunya menawarkan kerongkongnya kepada Ali, kerana dia tahu apa yang mendatang. Atau mungkin tidak!


to be continued...


Thursday, January 6, 2011

Begini kisahnya.. (ep 2)

   Ali dengan pantas mengumpulkan beberapa orang dan berjalan menuju ke tentera musyrikin. Kumpulan itu berhenti tidak jauh dari Gergasi tersebut, dan Ali terus ke depan dan kini hampir sekali dengan pencabar itu tadi. Gergasi itu kenal benar siapa Ali. Dia biasa berkawan dengan bapa Ali, Abu Talib. Dia tersengih memandang Ali seperti senyum orang dewasa terhadap kanak2.

   "Oh Amr!" Ali berseru. "Dikatakan bahawa jika seorang lelaki Quraisy menawarkan dua cadangan kepadamu, kamu akan menerima setidak-tidaknya salah satu darinya."

   "Benar."

   "Jikalau begitu aku ada dua cadangan untuk ditawarkan kepadamu. Yang pertama : terima Allah dan Rasul-Nya dan islam."

   "Aku tidak memerlukan mereka."

   "Kalau begitu turunlah dari kudamu dan tentanglah aku."

   "Untuk apa, wahai anak kepada saudaraku? Aku tiada keinginan untuk membunuhmu,"

   "Tetapi aku," jawab Ali, "terlalu ingin untuk membunuhmu!"

   Muka Gergasi itu bertukar menjadi merah. Dengan tempikan membara dia turun dari kudanya sambil menampakkan kelincahan walaupun tubuhnya besar. Dia melututkan kudanya, menghunuskan pedang dan meluru ke arah Ali. Duel sudah bermula.

   Beberapa kali Amr cuba menikam Ali, tetapi Ali tetap tidak tercedera. Dia menangkis pukulan2 itu dengan pedangnya atau perisainya atau mengelak membiarkan pedang Gergasi itu melayang ke sisi tidak mengenainya. Akhirnya Gergasi tercegat sebentar, mengambil nafas dan kehilangan punca. Dia tidak faham begaimana ini boleh terjadi. Sebelum ini tidak pernah ada orang yang mempu bertahan selama ini ketika menentangya. Dan kini bidak ini menganggap ianya seolah-olah suatu permainan!

to be continued...

Wednesday, January 5, 2011

Begini kisahnya..

   Lelaki yang besar itu mempunyai ketinggian yang luar biasa dan tubuhnya berisi, dan dia jauh lebih tinggi dari lelaki2 lain. Duduk di atas  kudanya yang besar itu dia tampak sungguh luar biasa. Besar, gagah dan berani, wajahnya bengis - suatu aspek yang menyenangkan rakan2 sepasukannya dan melemahkan semangat musuh2nya.

   Namanya ialah Amr bin Abdu Wud (Kita namakan dia Gergasi!). Kuda dan penunggangnya diam tidak bergerak sambil dia merenung dengan penuh kebencian terhadap barisan tentera Muslim.

   Tiba2 Gergasi itu mengangkat kepalanya dan mengaum, "Aku Amr bin Abdu Wud. Aku adalah pahlawan agung  di Tanah Arab. Aku tidak dapat dikalahkan. Aku..Aku.." Dia sememangnya mempunyai ego yang tinggi. "Ada sesiapa di kalangan kamu yang berani berlawan denganku?"
   
   Cabaran itu disahut dengan suasana sepi. Masing2 memandang sesama sendiri. Mereka memerhatikan Nabi. Tetapi tiada siapa beranjak kerana Gergasi itu sememangnya terkenal dengan kekuatan dan kemahirannya, dan walaupun tercedera beberapa kali, dia tidak pernah kalah dalam mana2 perlawanan dan tidak pernah membiarkan lawannya terus hidup. Dikatakan bahawa kekuatannya sama dengan 500 tentera berkuda; bahawa dia boleh mengangkat seekor kuda dan membantingnya ke tanah; bahawa dia boleh mengangkat anak lembu dengan tangan kirinya dan menggunakannya sebagai perisai ketika berperang; bahawa dia boleh.... kisah mengenainya tidak berkesudahan. Imaginasi bangsa Arab yang tajam telah mencipta seorang lagenda yang hebat.
 
    Lalu umat islam terus mendiamkan diri, dan si Gergasi tertawa mengejek-tertawanya itu turut disetai oleh rakan2 sepasukannya kerana mereka berada hampir dengan parit tersebut dan bisa melihat dan mendengar segala yang berlaku. 

   "Tidak ada seorang pun dari kalangan kamu ini anak jantan? Macam mana dengan islam kamu? dan Nabi kamu?" Cacian itu membuat Ali meninggalkan posisinya di bahagian hadapan tentera islam lalu pergi mendapatkan Nabi dan meminta kebenaran untuk berlawan dengan pencabar itu dan membisukan lidahnya buat selama-lamanya. Baginda menjawab, "Pergi duduk. Dia itu Amr!" Ali kembali ke posisinya.

   Sekali lagi ketawa mengejek kedengaran, diikuti dengan cacian dan cabaran. Sekali lagi Ali mendapatkan Nabi. Sekali lagi permintaannya ditolak. Mereka  ketawa lagi dan mencaci lagi. Sekali lagi Amr mencabar tetapi kali ini lebih pedas dari sebelumnya. "Di manakah syurga kamu?" jeritnya, "Yang kamu katakan bahawa sesiapa yang mati di dalam pertempuran akam memasukinya? Tidak bolehkah kamu menghantar seseorang untuk melawan aku?"

   Bila Ali datang mendapatkan Nabi buat kali ketiga, baginda nampak di mata Ali sesuatu yang baginda kenal sangat; dan baginda tahu bahawa Ali sudah tidak boleh dihalang. Baginda memerhatikan Ali dengan perasaan kasih, kerana Ali disayanginya lebih dari mana2 lelaki lain. Baginda menanggalkan serbannya dan melilitnya di kepala Ali. Kemudian baginda menanggalkan pedangnya dan menyangkutkannya ke pinggang Ali. Dan baginda berdoa, "Ya Allah! Bantulah dia!"

   Pedang yang Nabi berikan kepada Ali  suatu masa dahulu adalah kepunyaan seorang musyrikin yang bernama Munabba bin Hajaj. Lelaki ini terbunuh di Badr, dan pedangnya menjadi milik orang islam sebagai ghanimah. Nabi telah mengambil pedang itu untuk kegunaannya sendiri. Kini pedang itu berada di tangan Ali dan ia akan menjadi pedang yang termasyhur di dunia islam. Menurut sejarah, pedang itu paling  banyak digunakan untuk membunuh musuh dalam prtempuran yang adil berbanding mana2 pedang lain. Itulah Zulfiqar. 

sumber: 



to be continued...