Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Sunday, March 27, 2011

Bersamamu::Tribute::re U & I on

:::::ke Jusco tmn u:::::
:::::akan diupdate tidak lama lagi:::::


*****************************************************

pagi ahad.. usai sarapan ala kadar di rumah, sy bersama mak & ayah ke hutan bandar mutiara rini (x tahu nama betul dia apa).. ala2 taman permainan yg besar. siap boleh sewa basikal, ada mcm hutan simpan sikit, model2 rumah (mcm rumah limas ke etc).. ayah kata hari ahad biasanya ada senam robik. n waktu sampai tu pun, senam robik masih ada lg. guna lagu KCB tu! lepas tu, pasang lagu yg lirik die lebih kurang gini..'bersama2, tempuhi segala...' n lepas tu instructor tu smbg, 'kepada semua rakyat jepun, magsa2 tsunami, kami bersama2 andaaa! kami doakan semoga rakyat jepun selamat.......' sejuk hati dengar instructor tu ckp gitu.. secara logiknya, mcm x relevan kalau kita fikir, knapa la instructor tu nk susah2 ckp mcm tu, padahal kebarangkalian utk org jepun ataupun org yg ada kaitan dgn jepun, mungkin tak ada kat ctu.. tp, at that very moment, sy yg tgh rindukan bumi sakura tu ada di tempat kejadian. Ayah kata, ni kena record ni bgtau kat org2 jepun.. 
mungkin beginilah yg diperkatakan sebagai amal am (AA) tempoh hari.. mesej 'bersamamu' tu, mungkin lambat untuk sampai pada rakyat jepun..tp, bila org2 yg ada di tempat senam robik tu dgr mesej tu, at least, mungkin mesej tu akan jadi bualan..tak kiralah, mungkin time sarapan lepas balik dr senam robik, mungkin lepas dh balik jepun, n mungkin juga dlm blog. (^^,) 

sekarang, sy tengah dok baca buku 'Tribute buat nenda'.. nak kata novel..hmm..bahasa senang novel la kot. jusat nak share beberapa kata2 yg sangat sedap..
Berkata Syeikh Ibnu Ato'illah dalam kitabnya al-Hikam yg membawa maksud, "Wahai hambaKu, taatilah semua perintahKu dan janganlah kamu mengajar kepadaKu apa yang baik bagimu."

Lagi kata2 Syeikh Ibnu Ato'illah dalam al-Hikam, "Jangan merasa gembira di atas perbuatan taat kerana engkau merasakan ia telah dapat dilaksanakan, tetapi gembiralah kerana Allah telah mengurniakan hidayah dan petunjuk sehingga engkau dapat melaksanakan ketaatan itu."

dan banyak lg kata2 best yg membawa pembaca buku ni utk kembali pd Pencipta..

nak dijadikan cerita, tengah hari tu, ikut mak & ayah pergi kenduri kahwin.. dan.. sy jejak kasih dgn kawan sekolah rendah kat ctu! saat tu menyedarkan sy betapa sy telah ambil enteng perihal kawan2 lama sy.. ya Allah.. astaghfirullah.. so, balik dr kenduri tu, start menjejak kawan2 lama.. dan tersenyum sendiri bila mengenangkan peristiwa2 time sekolah dulu.. macam2! mengingatkan sy yg banyak jugak benda yg dh sy lalui, tp, adakah apa yg sy lalui itu bertambah mendekatkan diri sy pd Dia, atau sebaliknya... semoga Allah sentiasa bersama ..

satu lg ayat best,
Wahai hati! Usah ditanya kedudukanmu di sisi-Nya. Tapi bertanyalah, 'Sejauhmana Dia berada di dalam hatimu!'


-lama sudah tak panjat tangga sampai tingkat 6 di bangunan no 12-

No comments:

Post a Comment