Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Thursday, March 24, 2011

OcEaN's eLeVeN

td time bace berita ttg jepun di al-jazeera english (berkenaan tarikh kejadian 11 Mac 2011), sy tergerak hati utk tgk surah ke-11 dlm al-qur'an, surah Hud (sy memang suka nombor 11!)..

Alif, Laam, Ra
Mengikut tata bahasa Alif Laam Ra merupakan (subjek), dan khabarnya (prediketnya) ialah :

Al-qur'an adalah sebuah kitab yang disusunkan ayat-ayatnya dengan rapi kemudian diberi huraian yang terperinci dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui (1)
Kitab al-Qur'an yang disusun dari huruf-huruf yang seperti huruf-huruf Alif, Laam, Ra itulah yang didustakan mereka, sedangkan mereka lemah untuk mengubahkan dengan huruf-huruf yang sama itu sesuatu yang setanding dengan al-Qur'an.
Ayat-ayatnya disusun begitu rapi dan sebagai hasil dari kerapian ini, ayat-ayatnya menjadi begitu kuat dan kukuh binaannya dan begitu halus pengertian dan maksudnya. Setiap kalimat dan setiap ungkapan memang dimaksudkan, setiap pengertian dan arahan memang dikehendaki, setiap keterangannya mempunyai matlamat yang tertentu dan selaras, di mana tidak berlaku sebarang percanggahan dan pertentangan di antara keterangan-keterangannya. Ayat-ayatnya diatur selaras dan mempunyai satu sistem, kemudian ia dihuraikan dengan terperinci. Oleh sebab itu ayat-ayatnya dibahagi-bahagikan mengikut tujuannya dan dibabkan mengikut topik-topik pembicaraannya yang tertentu sekadar yang diperlukannya.
Yang menyusunkan ayat-ayatnya dengan sedemikian rapi dan menghuraikannya dengan sedemikian halus ialah Allah swt  sendiri bukannya rasul.
Dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Pakar. (1)

Al-qur'an itu disusun berlandaskan kebijaksanaan Allah dan dihurai dengan terperinci berasaskan kepakaran Allah yang amat mendalam. Demikianlah al-qur'an itu datang dari sisi Allah dalam bentuknya yang diturunkan kepada rasul tanpa sebarang perubahan dan pindaan.
Apakah isi kandungannya?

Ia memperkatakan tentang pokok-pokok aqidah dan prinsip-prinsipnya.
Agar kamu jangan menyembah melainkan Allah.

Itulah konsep tauhid ketaatan dan ubudiyah atau konsep mengikut dan mematuhi perintah Allah Yang Maha Esa sahaja.

Sesungguhnya aku adalah seorang rasul dari-Nya yang memberi peringatan dan menyampaikan berita gembira kepada kamu. (2)
Itulah konsep kerasulan yang merangkumi tugas-tugasnya yang memberi peringatan dan menyampaikan berita gembira kepada manusia.



(ehsan encik google)






sumber : fi zilal qur'an



...to be continued

No comments:

Post a Comment