Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Thursday, March 17, 2011

Harolds Cross::Ultraman::Mr Cinderella

...under construction...


::akan diupdate tidak lama lagi::

**********************************************************************

alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas di dunia ini.. sekarang, baru ada sedikit ruang waktu untuk mencoret sedikit di sini..

(tulisan di atas → Frankfurt)

kembara perjalanan merentas sebahagian dr bumi..permulaan perjalanan sahaja sudah memberi sejuta erti dan kenangan buat kami.. bermula dengan penerbangan yg delay selama tiga jam, diberi kupon percuma sebanyak 1000yen, serta berlari-lari ke boarding gate.. hampir2 ditinggalkan pesawat besar lufthansa.. alhamdulillah, alhamdulillah.. sememangnya sy sangat suka apabila menaiki kapal terbang.. setakat ini, sy takkan bosan menanti saat2 utk kapal terbang tu takeoff dan landing (^^,) 

terlalu banyak tarbiyah sepanjang perjalanan..mahu share satu hadis yg kami sama2 hafal. hadis ni ada ditulis di pintu utama nawwar..

HADIS 13
"Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya 
sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri."
(HR Bukhari & Muslim)

bila baca, nampak mcm senang..tp untuk betul2 praktikkan tu, Allah saja yg tahu.. just imagine, kita ada dua barang, satu kita suka sangat, satu lg tak berapa nak suka, n kita memang niat nk bg pd kawan kita salah satu brang tu. which one will we choose for our friend? yg kita suka sangat tu, or yg kita tak berapa nak suka tu? saat ni lah, hati yg ada dalam dada akan mula berperang.. berperang dengan dua tarikan..antara tarikan iman, dan tarikan syaitan..mana satu yg jadi pilihan.. di kala itu, mungkin antara waktu yg tepat untuk kita betul2 muhasabah, di manakah nilai hati kita..

pulang ke jepun.. rasa tak percaya kembara sudah berakhir..tapi, perjalanan kehidupan masih belum diakhirkan.. Dia masih memberi izin untuk sy, utk kita terus bertapak di bumi-Nya. sememangnya, sy pun tak tahu kenapa sy punya gaya tak ada rupa mcm org nak balik malaysia. ada rasa yg sy mcm tak balik pd hari itu (11 Mac 2011 a.k.a hari kejadian). pd mulanya, apabila tren terhenti sambil bergoyang2 dengan dahsyatnya, sy ingat gempa bumi biasa.. jd sy teruskan membaca..tp tren bergoyang lg.. ini dah luar biasa.. tp sy ambil endah tak endah, kerana dlm kepala sy, lepas ni akan sampai airport, dan akan terbang pulang.. tp, tren terhenti lama..dan pak cik yg bawa tren kata gempa bumi yg dahsyat telah berlaku sebentar td.. sy, masih meneruskan pembacaan.. percaya pd keefisyenen warga negara matahari terbit.. sudah hampir sejam, ramai penumpang resah, dan kami diarahkan turun dari tren utk ke stesen kereta api yg terdekat..kerana merbahaya utk terus duduk dlm tren.. sy tgk jam, confirm tak sempat nak naik kapal terbang ni.. tawakal saja yg mampu..check perjalanan pun, memang dh mustahil utk sampai tepat pd masa.. bateri hp pun dh merah kalernya.. Allah menghantarkan dua orang mak cik dan sorang kakak jepun utk tolong sy angkat beg.. thank you Allah.. sejujurnya, sy tak tahu yg jepun telah dilanda tsunami di waktu itu.. setelah terkandas di stesen, dlm perjalanan mencari bateri (utk kegunaan hp), terlihat liputan berita di kaca tv.. jantung seakan2 berhenti berdenyut seketika. tsunami kat jepun..? betul ke kat jepun ni..? dan dlm keadaan line x brapa nk elok, msg dtg bertalu2. alhamdulillah, sy okey, dan membuat sy berfikir, Allah telah selamatkan sy kali ini. Allah masih beri ruang utk memperbaiki diri. Allah izinkan sy terus di sini. Allah telah tuliskan ketetapan utk sy, utk kita.. dan bernafasnya sy saat ini, pastinya ada sebabnya.. sy tak mahu jadi seperti dlm satu kata2 yg lebih kurang begini bunyinya..
kalau kamu tidak memberi sesuatu kepada dunia, kamu ibarat lebihan kepada dunia.
sy rasa, tak ada seorang manusia pun dlm dunia ni yg teringin nak jadi lebihan, atau dlm bahasa yg lebih mudah utk difahami, menjadi sisa kepada dunia. sisa kepada dunia..hanya layak utk dibuang.. aduh.. sudahkan sy memberikan sesuatu kepada dunia ini..? 

alhamdulillah, selamat sampai ke tanah air, setelah flight delay lg dua jam..pusing2 di changi, dan pak cik & kakak kastam dok tanya macam mana jepun.. sampai di malaysia, baru terasa betapa ranapnya kawasan yg dilanda tsunami.. rasa nak berada di sana, bersama2 yg lain.. Allah kata tempat sy di malaysia, kala itu.. doa saja yg mampu dipohon..dan sememangnya kepulangan kali ini penuh dgn hikmah yg tak terlihatkan pd mulanya.. semoga appointment esok berjalan lancar~


(ehsan : encik google)





p/s: buat yg akan BFG, mungkin tak berpeluang bertemu dgn kalian lg.. maaf atas segala keterlanjuran, mohon dihalalkan segalanya..

Di hari indah 
Ku yakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
Setelah dipisah lama
Di hari yang indah
Tiada sedetik akan terlewat mahupun tercepat

No comments:

Post a Comment