Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Monday, April 18, 2011

dan burung-burung berkicauan

Hafshah r.a. berkata, 
"Ketika telah terbit fajar, Rasulullah tidak melakukan solat sunat kecuali dua rakaat yang singkat."
(HR Muslim)

Diriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Nabi saw bersabda, 
"Solat sunat dua rakaat fajar lebih baik daripada dunia dan isinya."
(HR Muslim)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah membaca surah Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun dan Qul Huwallahu Ahad di dalam solat dua rakaat fajar.
(HR Muslim)

*sekarang adalah musim-musim yg agak mencabar utk bangun solat subuh. so, ganbarimasyou~

it's nice having a loo~ng morning before going to school (^^,)


(ehsan encik google)

Thursday, April 14, 2011

絆に感謝します -Thank you for the Kizuna-

kata2 東京電力社長 (kalau x silap sy) dlm kenyataan yg dibuat dlm Fuji Television dua hari yg lepas..


Kasih Allah melimpah ruah
Datang dari segenap arah
Masihkah tidak mahu berubah?
Perlukah menunggu sehingga rebah?


want to go to school early today. when i say early, i mean EARLY.
ー最後の一年間、充実したいー
in love with Rikdai mode (^^,)

Wednesday, April 13, 2011

恋落ちた、もう一度

tak berjaya berjogging hari ini...................atas sebb2 yg x dpt dielakkan..
tp sy ganti dgn jln2 ptg ke konbini utk membayar bil~

sy jumpa ini waktu godek2 aspire550z sy..
moga bermanfaat!
sy sendiri dh tak ingat ape maksud nombor2 kat bawah tu..


Kerna sayang...

Maaf
Ku pohon
Sebelum menzahir kata-kata
Yang mungkin mengguris rasa
Sahabat yang ku sayang semua


Maaf lagi
Ku sedar diri
Aku makhluk ciptaan Ilahi
Yang kurang serba-serbi
Banyak salah sana-sini
Ku harap kalian nasihati
Andai ku hanyut terkapai sendiri
Ku takkan mampu harungi seorang diri
Itu hikmah kalian di sisi
Menemani, menasihati


Maaf sekali lagi
Terkadang aku tak mampu
Luahkan teguran buat peringatan
Gusar kalian sukar terima
Lantas aku harus bagaimana?
Lihat kalian lalai dan leka
Jiwaku rasa terdera
Hatiku rasa sakitnya
Kerana sungguh
Kalian ku sayang semua


Maaf, maaf, maaf
Itu jua yang ku pinta
Izin ku curah sedikit rasa
Ingin ku ajak kalian mengira
Kerana kalian
Sahabatku yang bijaksana
Add mate ku rasa A1 semua
Hidup di dunia berapa lama?
Dunia di sana adakah akhirnya?
Sungguh aku tak mampu cari penyelesaiannya
Andai waktu itu ibaratkan infiniti
Mungkinkah sama lamanya
Dengan hidup di alam sana?
Dibanding dengan hayat kita di dunia?
Yang entah beberapa sahaja
Sisa nafas yang ada
Tak mustahil esok
Di liang lahad kita berada
Cukupkah bekalan yang dibawa?
Adakah nilai di sisi-Nya?
Alhamdulillah
Ku jumpa jawapan pasti
Rujuklah kalam penyejuk hati
Surah al-Mu'minun ayat 114
Jelas tertulis segala-galanya
Lama kita di dunia sebentar cuma
Jika nak dibandng dengan hidup di sana
Kekal, kekal, kekal selamanya
Aku tak mahu diseksa
Ku yakin aku tak daya terima
Azab neraka khas buat insan berdosa
Ku juga tak ingin kalian diseksa
Kerana sesungguhnya
Kalian sahabat yang ku sayang sepenuhnya


Maaf terakhir ku pohon
Andai ada yang tersinggung
Percayalah sahabat
Sungguh ku tiada niat
Sekadar mencoret sedikit nasihat
Kerana aku
Dan kalian semua
Punya ikatan akidah yang sama
Destinasi kita bukan dunia
Ku juga ingin melihat
Kita semua dapat tenang berehat
Di alam yang tiada had


-3343942142-


*dah berjaya selesaikan misteri nombor di atas (^^,)


無事に帰って、良かった! =)

Thursday, April 7, 2011

OpS rUmAh

telah berjaya men'clean' kan bilik sy!

kertas2 & surat2 'terpakai' dh selamat masuk dlm plastik sampah. say no to sentimental value.. (boleh percaya ke ni..? =)  )
ye la, mana tahu kot2 thn depan dh nak kena balik malaysia, kenala start mengemas dr sekarang, ye tak.. tp, kenape ade 'kot' di situ.. kerana sy sememangnye tak tahu apa yg Allah rancang utk sy. apa yg sy tahu, apa yg Allah rancang, itulah yg terbaik utk sy, juga utk awak, dia dan kamu semua. 
sblm start mengemas, dh kna set mind seolah2 konon2 mcm nk pindah rumah. sbb bila nak pindah rumah, kita jarang simpan barang yg kita takkan betul2 guna, betul x? so, banyak la jugak kertas2 nota, jadual2 exam yg dulu sayang nak buang, pamplet yg diambil time jalan2, menjadi habuan plastik sampah pg td. sebenarnya brg yg kita guna tak de la banyak mana pun, tp barang yg kita simpan tu...

kalau la kita cbe bygkn hidup kita ni mcm pengembara je, confirm tv pun kita tak nak beli. ye la, siapa yg nak angkut tv tu pergi merata2 tempat, ye tak? buat sakit bahu je =D

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu, lbnu 'Umar r.a. pernah berkata: Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

semoga dengan sentiasa mengingati mati, bisa menjernihkan dan menghidupkan hati!
yuk berusaha~~

Tuesday, March 29, 2011

Say --> HEART

:::temu janji bersama beiwai tachi:::
:::akan dikemaskini selepas ini:::

**********************************************************************

seperti tajuk post di atas, thn ni (bermula april, sbb sesi kat jepun start bulan april!) sy nk ajak semua org utk mengamalkan gaya hidup yg lebih 'sayHEART'~~
sy berazam utk :

*makan kurma lepas bangun pagi. ayah kata ada hadis, so sy google n jumpa dua hadis di bawah..
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

*minum susu anlene setiap mlm , tp dlm gambar ni perisa coklat
(ehsan encik google)

*berjogging seminggu sekali (tinggi cita2 ni! tp ganbarimasu~)
gambar di bawah adalah port jogging sy (^^,)

(gambar ehsan encik google)

tiga dulu cukupla kan..yg penting buat berterusan~~

apa yg penting sangat jaga kesihatan ni? well, according to our maratib amal, tangga pertama untuk mencapai ustaziyatul alam adalah dengan menyediakan insan2 yg cukup muwasofat tarbiyahnya.. dan sihat tubuh badan se~~~ring menjadi salah satu sifat yg dipandang enteng, termasuk oleh sy juga. T_T 

(gambar ehsan encik google)

sy juga nak ajak semua (terutama yg ada di jepun) utk sama2 support mereka dlm usaha mereka men'節電' a.k.a menjimatkan penggunaan elektrik. waktu balik ke rumah dari airport, kebanyakan escalator, ditutup. kat sekolah pun, ade certain tmpt gelap gelita, bank yuucyou kat sekolah pun tutup,so kna ke yuubin yg berdekatan kalau nak guna. minna ganbatteimasuyo!! jd, sy pun nak ajak semua utk sama2 節電 tak kira di mana anda berada. apa la salahnya bergelap sekejap, sekurang-kurangnya nanti kita akan bersyukur bila mendapat terang! lagi satu, mari sama2 jimatkan penggunaan air. sy kurang pasti tahap radiation sekarang mcm mana, tp dengan gegaran2 kecil sentiasa ada setiap hari, kita tak boleh nak jangka apa akan berlaku. lgpun, memang Allah tak bg kita membazir kn? bila berlaku bencana, baru semua buka mata. dan, sebenarnya boleh je nak berjimat bila dh terdesak kn? maksudnya, boleh je nak berjimat kn. so, let's 節水 & s節電 together~~ 
sedang berusaha tahan dgn air sejuk, sebb kalau nk tunggu air panas yg keluar dr paip tu, mungkin boleh penuh 1 baldi, sebb smlm dh try.. ganbarimasyou~~



Walirabbika fasbir
Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar~
(al-muddassir, 74 : 7)

Sunday, March 27, 2011

Bersamamu::Tribute::re U & I on

:::::ke Jusco tmn u:::::
:::::akan diupdate tidak lama lagi:::::


*****************************************************

pagi ahad.. usai sarapan ala kadar di rumah, sy bersama mak & ayah ke hutan bandar mutiara rini (x tahu nama betul dia apa).. ala2 taman permainan yg besar. siap boleh sewa basikal, ada mcm hutan simpan sikit, model2 rumah (mcm rumah limas ke etc).. ayah kata hari ahad biasanya ada senam robik. n waktu sampai tu pun, senam robik masih ada lg. guna lagu KCB tu! lepas tu, pasang lagu yg lirik die lebih kurang gini..'bersama2, tempuhi segala...' n lepas tu instructor tu smbg, 'kepada semua rakyat jepun, magsa2 tsunami, kami bersama2 andaaa! kami doakan semoga rakyat jepun selamat.......' sejuk hati dengar instructor tu ckp gitu.. secara logiknya, mcm x relevan kalau kita fikir, knapa la instructor tu nk susah2 ckp mcm tu, padahal kebarangkalian utk org jepun ataupun org yg ada kaitan dgn jepun, mungkin tak ada kat ctu.. tp, at that very moment, sy yg tgh rindukan bumi sakura tu ada di tempat kejadian. Ayah kata, ni kena record ni bgtau kat org2 jepun.. 
mungkin beginilah yg diperkatakan sebagai amal am (AA) tempoh hari.. mesej 'bersamamu' tu, mungkin lambat untuk sampai pada rakyat jepun..tp, bila org2 yg ada di tempat senam robik tu dgr mesej tu, at least, mungkin mesej tu akan jadi bualan..tak kiralah, mungkin time sarapan lepas balik dr senam robik, mungkin lepas dh balik jepun, n mungkin juga dlm blog. (^^,) 

sekarang, sy tengah dok baca buku 'Tribute buat nenda'.. nak kata novel..hmm..bahasa senang novel la kot. jusat nak share beberapa kata2 yg sangat sedap..
Berkata Syeikh Ibnu Ato'illah dalam kitabnya al-Hikam yg membawa maksud, "Wahai hambaKu, taatilah semua perintahKu dan janganlah kamu mengajar kepadaKu apa yang baik bagimu."

Lagi kata2 Syeikh Ibnu Ato'illah dalam al-Hikam, "Jangan merasa gembira di atas perbuatan taat kerana engkau merasakan ia telah dapat dilaksanakan, tetapi gembiralah kerana Allah telah mengurniakan hidayah dan petunjuk sehingga engkau dapat melaksanakan ketaatan itu."

dan banyak lg kata2 best yg membawa pembaca buku ni utk kembali pd Pencipta..

nak dijadikan cerita, tengah hari tu, ikut mak & ayah pergi kenduri kahwin.. dan.. sy jejak kasih dgn kawan sekolah rendah kat ctu! saat tu menyedarkan sy betapa sy telah ambil enteng perihal kawan2 lama sy.. ya Allah.. astaghfirullah.. so, balik dr kenduri tu, start menjejak kawan2 lama.. dan tersenyum sendiri bila mengenangkan peristiwa2 time sekolah dulu.. macam2! mengingatkan sy yg banyak jugak benda yg dh sy lalui, tp, adakah apa yg sy lalui itu bertambah mendekatkan diri sy pd Dia, atau sebaliknya... semoga Allah sentiasa bersama ..

satu lg ayat best,
Wahai hati! Usah ditanya kedudukanmu di sisi-Nya. Tapi bertanyalah, 'Sejauhmana Dia berada di dalam hatimu!'


-lama sudah tak panjat tangga sampai tingkat 6 di bangunan no 12-

Thursday, March 24, 2011

OcEaN's eLeVeN

td time bace berita ttg jepun di al-jazeera english (berkenaan tarikh kejadian 11 Mac 2011), sy tergerak hati utk tgk surah ke-11 dlm al-qur'an, surah Hud (sy memang suka nombor 11!)..

Alif, Laam, Ra
Mengikut tata bahasa Alif Laam Ra merupakan (subjek), dan khabarnya (prediketnya) ialah :

Al-qur'an adalah sebuah kitab yang disusunkan ayat-ayatnya dengan rapi kemudian diberi huraian yang terperinci dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui (1)
Kitab al-Qur'an yang disusun dari huruf-huruf yang seperti huruf-huruf Alif, Laam, Ra itulah yang didustakan mereka, sedangkan mereka lemah untuk mengubahkan dengan huruf-huruf yang sama itu sesuatu yang setanding dengan al-Qur'an.
Ayat-ayatnya disusun begitu rapi dan sebagai hasil dari kerapian ini, ayat-ayatnya menjadi begitu kuat dan kukuh binaannya dan begitu halus pengertian dan maksudnya. Setiap kalimat dan setiap ungkapan memang dimaksudkan, setiap pengertian dan arahan memang dikehendaki, setiap keterangannya mempunyai matlamat yang tertentu dan selaras, di mana tidak berlaku sebarang percanggahan dan pertentangan di antara keterangan-keterangannya. Ayat-ayatnya diatur selaras dan mempunyai satu sistem, kemudian ia dihuraikan dengan terperinci. Oleh sebab itu ayat-ayatnya dibahagi-bahagikan mengikut tujuannya dan dibabkan mengikut topik-topik pembicaraannya yang tertentu sekadar yang diperlukannya.
Yang menyusunkan ayat-ayatnya dengan sedemikian rapi dan menghuraikannya dengan sedemikian halus ialah Allah swt  sendiri bukannya rasul.
Dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Pakar. (1)

Al-qur'an itu disusun berlandaskan kebijaksanaan Allah dan dihurai dengan terperinci berasaskan kepakaran Allah yang amat mendalam. Demikianlah al-qur'an itu datang dari sisi Allah dalam bentuknya yang diturunkan kepada rasul tanpa sebarang perubahan dan pindaan.
Apakah isi kandungannya?

Ia memperkatakan tentang pokok-pokok aqidah dan prinsip-prinsipnya.
Agar kamu jangan menyembah melainkan Allah.

Itulah konsep tauhid ketaatan dan ubudiyah atau konsep mengikut dan mematuhi perintah Allah Yang Maha Esa sahaja.

Sesungguhnya aku adalah seorang rasul dari-Nya yang memberi peringatan dan menyampaikan berita gembira kepada kamu. (2)
Itulah konsep kerasulan yang merangkumi tugas-tugasnya yang memberi peringatan dan menyampaikan berita gembira kepada manusia.



(ehsan encik google)






sumber : fi zilal qur'an



...to be continued