Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Monday, January 17, 2011

kau pergi jua..

andai aku punya sayap sang helang,
     pasti aku sudah terbang pulang,
andai aku punya sakti,
     pasti aku sudah hilangkan segala lara di hati.

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."
[Ali-Imran, 3:185]

10 Safar 1432H
14 Januari 2011, Jumaat

Hp berdering nyaring..Di skrin tertera..

通知不可

"Siapa pula yg telefon ni?" Memang menjadi kebiasaan, sy jarang mengangkat telefon seandainya sy tak mengetahui siapa yg berada di hujung talian.

"Kak Mira kot." kata seorang teman.

Jari sy lantas menekan butang utk menerima panggilan tersebut. Dan yg kedengaran bukan suara Kak Mira. Tp, suara seorang lelaki yg amat sy kenal sgt; alongku sayang. Kedengaran di sebelah sana, suasana yg agak riuh.

"Peliknya. Kenapa along telefon ni..mesti ada apa2 ni.. Tadi pn ayah telefon, tp td tak sempat angkat. "

Along memulakan bicara dengan nada yg seboleh mungkin cuba disantaikan. Tp, sy tahu mesti ada sesuatu yg nak disampaikan. Dan bila along tanya, 

"Tadi ayah ada telefon fiza kn? Ayah dh beritahu tak?"

Semakin menguatkan tekaan sy yg sesuatu telah berlaku. "Fiza tak sempat angkat td. Kat rumah kawan ni. Kenapa long?" Rasa bersalah pula tak segera menelefon kembali.

"Along nak bagitahu ni. Tapi fiza jangan terkejut sangat tau." Sy tahu mesti ni perkara yg sangat serius, dan sy tahu along tgh cuba utk menyusun kata.

"Un.." hanya itu yg mampu sy balas.

"Pak long dah meninggal..Malam td. Accident. Mak long dgn kak iwa kat hospital, parah jugak."

sy tak tahu apa reaksi yg patut sy buat. otak mcm jammed sekejap. sepjg berborak dgn along, tak ada sebutir pn air mata sy yg keluar. dlm fikiran sy asyik teringatkan ayat dlm salah satu buku kesukaan sy, 'Mengapa kita harus meratap pemergian seseorang yang dalam perjalanan ke syurga?' tp, bila along mula katakan, 

"Ada hikmahnya semua ni. Allah nak kita semua belajar, bersedia. Mana tahu nanti satu masa apa2 jadi pd along.."

Air mata mula bergenang, dan sy mula tersedar, mak sy, mak ngah dan mak cik sy tlh kehilangan satu2nya abg yg mereka ada. Di saat itu, bru sy dpt rasakan kepiluan yg mencengkam suasana di sana..

"Mak macam mana?"

"Mak okey..dh okey sikitla dr pg td." mungkin along cuba untuk buat supaya sy tidak terlalu risau.

"Memangla mak sedih. Semua org tgh sedih sekarang ni. Tapi tu la, kita generasi anak2 ni kena la bg support pd diorg. Along pn dh ckp dengan mak td, mmg mak rapat dgn arwah, dr kecik kenal arwah, tp buat masa sekarang ni, keluarga arwah lebih terasa lg kehilangan arwah. Jadi, kita kna support la keluarga arwah."

Telefon bertukar tangan pd ayah. Dan nyata, suara ayah pn berbeza dari biasa. Telefon bertukar kpd mak. sy rasa tak sanggup nk dengar suara mak. ya, mgkin ada hikmahnya sy di sini. kalau sy di malaysia pn, mgkin sy tak dpt nk membantu apa2. Suara mak sepertinya masih dlm keadaan tangis yg cuba utk ditahan. Mak minta sy doakan arwah, di samping mak nyatakan kesyukuran arwah pergi di kala hari baik, penghulu segala hari. Telefon bertukar tangan lg. Kali ni suara mak ngah pula yg kedengaran. Dan yg nyata, kali ni, mak ngah tak dapat menahan tangis di saat memberitahukn yg arwah sudah tiada lg. mak cik pula hanya mampu menyuruh sy menjaga diri di sini. kala itu, sy masih belum mampu utk berfikir secara rasional, dan sy masih lg terkejut dgn berita itu.

keesokan hari, dlm perjalanan ke sebuah tmpt, sempat sy bacakan surah yasin. barulah di kala itu, air mata ini menitis satu demi satu. alhamdulillah, Allah izinkan sy bertemu dgn arwah pd aidilfitri yg lalu. jika difikir2 balik, sememangnya Allah takkan membuat sesuatu dengan sia2. dan kelihatannya, permergian arwah membawa makna besar dlm penyatuan keluarga ini. ya, keseimbangan dlm roda kehidupan ini akan terus berjalan, dan sememangnya setiap yg terjadi, merupakan yg terbaik buat setiap yg masih hidup di muka bumi ini. 

di kala ini, sy kepingin utk berada bersama keluarga sy, terutama utk berada di sisi mak. mak adik yg paling bongsu, dan yg paling rapat dgn arwah. pasti sedikit sebanyak emosi mak terganggu. kehilangan tempat mengadu dan bermanja. Ya Allah, pinjamkan kekuatan kepada mereka, jua kepada aku. 


Tuhan berfirman,"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."  
[al-Baqarah, 2 : 30]

take my day off...from lab

No comments:

Post a Comment