Aswad memiliki seekor keldai yang telah dilatih untuk mematuhi arahan tertentu, dan dia menggunakan keldainya untuk membuktikan kuasanya. Dia akan memberi arahan kepada keldainya itu, "Tunduk di hadapan nabimu," dan keldai itu akan menundukkan kepalanya kepada Aswad. Kemudian dia akan mengarahnya, "Berlutut di hadapan nabimu!" dan keldai itu akan melutut. Disebabkan ini, Aswad dikenali di daerah itu sebagai Dhul Himar - Yang Berkeldai. atau 'Keldai - Walah'. Akan tetapi, sesetengah catatan, tetap mengatakan bahawa dia tidak dikenali sebagai Dhul Himar, tetapi Dhul Khumar, iaitu Si Mabuk. Ini mungkin betul kerana dia juga ketagih arak dan sering berada dalam keadaaan mabuk. Sungguhpun begitu, puaknya mengiyakannya dan mempercayai bahawa dia adalah nabi yang asli; dan beberapa puak kecil yang lain turut mempercayai kesesatan ini.
Aswad mengumpulkan seramai 700 orang tentera berkuda lalu mereka pun pergi ke Najran. Dia dengan mudah telah dapat menawan bandar tersebut dan menghambat keluar pentadbirnya yang beragama Islam. Dia sangat gembira dengan kemenangan mudah ini dan dia meninggalkan orangnya untuk memerintah Najran sebelum dia bergerak ke San'a. (Lihat Peta di bawah) Shahr, gabenor baru Yaman yang dilantik oleh Kerajaan Islam, mendapat tahu tentang perancangan Aswad dan memutuskan untuk memintas Aswad sebelum dia sampai ke San'a. Dengan diiringi sebuah pasukan yang kecil (dia tidak mempunyai ramai pejuang), dia keluar untuk menentang mushnya itu, dan kedua-dua pasukan itu bertembung di suatu tempat di utara San'a. Pertempuran yang ringkas dan pantas itu dimenangi oleh Aswad dan Shahr terbunuh di dalam pertempuran tersebut. Shahr meninggalkan seorang isteri muda yang cantik bernama Azad. Lima hari kemudian Aswad memasuki San'a sebagai penakluk. Dia telah dapat melaksanakan misi jahatnya itu dengan pantas, kerana ini adalah hari ke - 25 sejak dia mengisytiharkan kenabiannya.
Banyak kawasan Yaman kini berada di bawah kekuasannya. Dan untuk mendapatkan kemanisan maksima dari kejayaan militeri dan politiknya itu, dia telah mengahwini Azad yang cantik itu secara paksa. Janda muda itu terpaksa akur dengan kehendak Si Pemabuk atau Keldai - Walah itu.
Setelah menakluk Najran dan San'a, Aswad memperkukuhkan penguasaannya dan meluaskan penjajahannya ke serata Yaman, banyak kabilah yang menerimanya sebagai pemerintah dan nabi. Apabila kekuasaannya semakin meluas, dia mula berasa tidak puas dengan gelaran nabi lalu mengisytiharkan dirinya sebagai Rahman Yaman. Perkataan 'Rahman' bermakna Yang Pengasih, dan ia adalah salah satu dari nama Allah. Kini Aswad cuba untuk memasuki daerah ketuhanan yang mana sesiapa yang memasukinya sudah tentu akan berakhir dengan kemusnahan. Walaubagaimanapun, pengikutnya kini memanggilnya dengan nama Rahman Yaman. Dia terus minum arak dengan banyaknya. Dan dia semakin menyukai Azad sedangkan Azad amat membencinya sehinggakan dia memberitahu temannya : "Tidak ada lelaki yang lebih ku benci dari dirinya." Dalam kekejaman yang dilakukan oleh Aswad dia masih sempat mengerjakan keluarga Bazan yang berasal dari Parsi itu dan melemparkan segala macam penghinaan dan celaan ke atas ahli keluarga mereka yang terselamat. Dengan berbuat demikian, dia telah menceri pasal dengan seorang pahlawan Islam dan juga seorang Muslim sejati bernama Fairoz Al Deilami - salah seorang ahli keluarga Bazan dan sepupu kepada Azad.
Tanpa pengetahuan nabi palsu itu, Nabi sebenar di Madinah telah pun memulakan langkah untuk menangani masalah ini. Setelah menerima laporan terperinci akan kejahatan Aswad, Nabi menghantar Qais bin Hubaira untuk menamatkan riwayat Aswad. Qais sampai ke San'a tanpa disedari oleh sesiapa lalu dia pun menyiapkan landasan pergerakan bawah tanah untuk mengalahkan si penipu itu dan kemudian dia telah menghubungi Fairoz. Qais dan Fairoz menjadi ketua organisasi ini dan tugas mereka ialah untuk membenamkan pedang dendam ke dada Aswad dan pengikutnya. Perancangan mereka dirahsiakan.
to be continued...
No comments:
Post a Comment