Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Thursday, January 6, 2011

Begini kisahnya.. (ep 2)

   Ali dengan pantas mengumpulkan beberapa orang dan berjalan menuju ke tentera musyrikin. Kumpulan itu berhenti tidak jauh dari Gergasi tersebut, dan Ali terus ke depan dan kini hampir sekali dengan pencabar itu tadi. Gergasi itu kenal benar siapa Ali. Dia biasa berkawan dengan bapa Ali, Abu Talib. Dia tersengih memandang Ali seperti senyum orang dewasa terhadap kanak2.

   "Oh Amr!" Ali berseru. "Dikatakan bahawa jika seorang lelaki Quraisy menawarkan dua cadangan kepadamu, kamu akan menerima setidak-tidaknya salah satu darinya."

   "Benar."

   "Jikalau begitu aku ada dua cadangan untuk ditawarkan kepadamu. Yang pertama : terima Allah dan Rasul-Nya dan islam."

   "Aku tidak memerlukan mereka."

   "Kalau begitu turunlah dari kudamu dan tentanglah aku."

   "Untuk apa, wahai anak kepada saudaraku? Aku tiada keinginan untuk membunuhmu,"

   "Tetapi aku," jawab Ali, "terlalu ingin untuk membunuhmu!"

   Muka Gergasi itu bertukar menjadi merah. Dengan tempikan membara dia turun dari kudanya sambil menampakkan kelincahan walaupun tubuhnya besar. Dia melututkan kudanya, menghunuskan pedang dan meluru ke arah Ali. Duel sudah bermula.

   Beberapa kali Amr cuba menikam Ali, tetapi Ali tetap tidak tercedera. Dia menangkis pukulan2 itu dengan pedangnya atau perisainya atau mengelak membiarkan pedang Gergasi itu melayang ke sisi tidak mengenainya. Akhirnya Gergasi tercegat sebentar, mengambil nafas dan kehilangan punca. Dia tidak faham begaimana ini boleh terjadi. Sebelum ini tidak pernah ada orang yang mempu bertahan selama ini ketika menentangya. Dan kini bidak ini menganggap ianya seolah-olah suatu permainan!

to be continued...

No comments:

Post a Comment