Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Friday, January 7, 2011

Begini kisahnya.. (ep 3)

   Kemudian sesuatu berlaku dengan terlalu pantas, tak siapa mampu mengikuti urutan kejadian yang berlaku di depan mata mereka sendiri - baik orang islam, musyrikin mahupun Gergasi itu sendiri. Ali mencampak pedang dan perisainya ke tanah; tubuhnya melompat ke udara seperti peluru dan kedua tangannya mencengkam leher Gergasi tersebut; dengan satu tendangan gusti, dia menghilangkan keseimbangan Gergasi itu lalu dia pun terjatuh ke tanah - semua ini berlaku dalam masa beberapa saat sahaja.Kini Gergasi itu terbaring sementara Ali duduk di dadanya. Kedua-dua pasukan tentera menghela nafas dan berbisik sesama sendiri, kemudian mereka menahan nafas.

   Muka Gergasi yang pada mulanya menunjukkan reaksi terkejut kini bertukar menjadi berang. Akhirnya ada juga manusia yang mempu menjatuhkannya, dan ianya dilakukan oleh budak hingusan yang tidak sampai separuh saiznya. Tetapi walaupun dia telah dijatuhkan, dia masih belum kelah lagi. Dia masih boleh memenangi perlawanan ini dan mengambil semula tempatnya sebagai pahlawan terhebat Tanah Arab. Dia akan mencampakkan budak mentah ini ke udara seperti daun ditiup angin.

   Warna muka Gergasi bertukar menjadi ungu, pembuluh darah di lehernya timbul dan otot2 tangannya menggigil bila dia cuba untuk melepaskan cangkaman Ali. Tetapi seinci pun dia tidak dapat melonggarkannya. Otot Ali seolah2 diperbuat dari besi. "Ketahuilah, Oh Amr," kata Ali dengan lembut, "kemenangan dan kekalahan bergantung kepada kehendak Allah. Terimalah islam! Bukan sahaja nyawa kamu terselamat, tetapi kamu juga akan menikmati rahmat Allah dalam kehidupan di dunia dan di akhirat." Ali mengeluarkan kerambit tajam dari tali pinggangnya dan meletakkannya dekat dengan leher Amr.

   Ini tidak dapat diterima oleeh Gergasi tersebut. Adakah dia, seorang lelaki yang dianggap sebagai pahlawan terhandal Tanah Arab terpaksa hidup di bawah bayang2 kekalahan dan keaiban? Adakah orang akan berkata bahawa dia menyelamatkan nyawanya dari terbunuh letika bertempur dengan akur kepada kehendak lawan? Tidak! Dia, Amr bin Abdu Wud, hidup dengan pedang. Dia akan mati dengan pedang. Hidup yang dipenuhi dengan keganasan mesti berakhir dengan keganasan. Dia mengumpulkan air liurnya dan meludah ke muka Ali!

   Dia sedar apa yang akan berlaku. Dia tahu nanti akan ada tarikan nafas yang tajam, tangan kanan Ali akan terangkat ke udara dan kemudian menghenjut kerambit itu ke lehernya. Amr adalah lelaki yang berani dan dia berani menghadapi maut tanpa mengerdipkan mata. Dia menaikkan dadanya dan meninggikan dagunya menawarkan kerongkongnya kepada Ali, kerana dia tahu apa yang mendatang. Atau mungkin tidak!


to be continued...


No comments:

Post a Comment