Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, January 5, 2011

Begini kisahnya..

   Lelaki yang besar itu mempunyai ketinggian yang luar biasa dan tubuhnya berisi, dan dia jauh lebih tinggi dari lelaki2 lain. Duduk di atas  kudanya yang besar itu dia tampak sungguh luar biasa. Besar, gagah dan berani, wajahnya bengis - suatu aspek yang menyenangkan rakan2 sepasukannya dan melemahkan semangat musuh2nya.

   Namanya ialah Amr bin Abdu Wud (Kita namakan dia Gergasi!). Kuda dan penunggangnya diam tidak bergerak sambil dia merenung dengan penuh kebencian terhadap barisan tentera Muslim.

   Tiba2 Gergasi itu mengangkat kepalanya dan mengaum, "Aku Amr bin Abdu Wud. Aku adalah pahlawan agung  di Tanah Arab. Aku tidak dapat dikalahkan. Aku..Aku.." Dia sememangnya mempunyai ego yang tinggi. "Ada sesiapa di kalangan kamu yang berani berlawan denganku?"
   
   Cabaran itu disahut dengan suasana sepi. Masing2 memandang sesama sendiri. Mereka memerhatikan Nabi. Tetapi tiada siapa beranjak kerana Gergasi itu sememangnya terkenal dengan kekuatan dan kemahirannya, dan walaupun tercedera beberapa kali, dia tidak pernah kalah dalam mana2 perlawanan dan tidak pernah membiarkan lawannya terus hidup. Dikatakan bahawa kekuatannya sama dengan 500 tentera berkuda; bahawa dia boleh mengangkat seekor kuda dan membantingnya ke tanah; bahawa dia boleh mengangkat anak lembu dengan tangan kirinya dan menggunakannya sebagai perisai ketika berperang; bahawa dia boleh.... kisah mengenainya tidak berkesudahan. Imaginasi bangsa Arab yang tajam telah mencipta seorang lagenda yang hebat.
 
    Lalu umat islam terus mendiamkan diri, dan si Gergasi tertawa mengejek-tertawanya itu turut disetai oleh rakan2 sepasukannya kerana mereka berada hampir dengan parit tersebut dan bisa melihat dan mendengar segala yang berlaku. 

   "Tidak ada seorang pun dari kalangan kamu ini anak jantan? Macam mana dengan islam kamu? dan Nabi kamu?" Cacian itu membuat Ali meninggalkan posisinya di bahagian hadapan tentera islam lalu pergi mendapatkan Nabi dan meminta kebenaran untuk berlawan dengan pencabar itu dan membisukan lidahnya buat selama-lamanya. Baginda menjawab, "Pergi duduk. Dia itu Amr!" Ali kembali ke posisinya.

   Sekali lagi ketawa mengejek kedengaran, diikuti dengan cacian dan cabaran. Sekali lagi Ali mendapatkan Nabi. Sekali lagi permintaannya ditolak. Mereka  ketawa lagi dan mencaci lagi. Sekali lagi Amr mencabar tetapi kali ini lebih pedas dari sebelumnya. "Di manakah syurga kamu?" jeritnya, "Yang kamu katakan bahawa sesiapa yang mati di dalam pertempuran akam memasukinya? Tidak bolehkah kamu menghantar seseorang untuk melawan aku?"

   Bila Ali datang mendapatkan Nabi buat kali ketiga, baginda nampak di mata Ali sesuatu yang baginda kenal sangat; dan baginda tahu bahawa Ali sudah tidak boleh dihalang. Baginda memerhatikan Ali dengan perasaan kasih, kerana Ali disayanginya lebih dari mana2 lelaki lain. Baginda menanggalkan serbannya dan melilitnya di kepala Ali. Kemudian baginda menanggalkan pedangnya dan menyangkutkannya ke pinggang Ali. Dan baginda berdoa, "Ya Allah! Bantulah dia!"

   Pedang yang Nabi berikan kepada Ali  suatu masa dahulu adalah kepunyaan seorang musyrikin yang bernama Munabba bin Hajaj. Lelaki ini terbunuh di Badr, dan pedangnya menjadi milik orang islam sebagai ghanimah. Nabi telah mengambil pedang itu untuk kegunaannya sendiri. Kini pedang itu berada di tangan Ali dan ia akan menjadi pedang yang termasyhur di dunia islam. Menurut sejarah, pedang itu paling  banyak digunakan untuk membunuh musuh dalam prtempuran yang adil berbanding mana2 pedang lain. Itulah Zulfiqar

sumber: 



to be continued...


No comments:

Post a Comment