Tetapi apa yang berlaku seterusnya membuatnya semakin kebingungan. Ali dengan tenang bangkit dari dadanya, menyapu mukanya dan berdiri beberapa langkah darinya sambil merenung sayu ke arah lawannya. "Ketahuilah, oh Amr, aku hanya membunuh kerana Allah dan bukan kerana perkara peribadi. Oleh kerana kamu meludah ke mukaku, maka jika aku membunuhmu sekarang ini mungkin disebabkan oleh dendeam peribadi, Aku tidak mahu membunuhmu. Bangun dan kembalilah ke kaummu!"
Gergasi itu bangkit berdiri. Tetapi dia tidak akan membawa pulang kekalahan. Jika dia tidak dapat hidup sebagai pemenang, maka mati adalah lebih baik. Dia bercadang untuk mendapatkan kemenangan buat kali terakhir, dia mengangkat pedangnya dan meluru ke arah Ali. Mungkin Ali tidak menyedari tindakannya itu.
Ali hanya ada cukup masa untuk mencapai pedang dan perisainya dan bersedia untuk serangan terbaru itu. Serangan yang dilakukan oleh Gergasi itu kali ini adalah serangan orang yang kehilangan punca dan ianya lebih ganas berbanding dengan yang sebelum ini. Pedangnya menghancurkan perisai Ali, tetapi hayunannya itu kehilangan momentum, dan hanya mampu melukakan dahi Ali sedikit sahaja. Luka itu terlalu kecil untuk merisaukan Ali. Sebelum Gergasi itu sempat mengangkat pedangnya sekali lagi, Ali menggunakan hujung Zulfiqar yang bersinar dipanah mentari untuk mengkelar keringkong Gergasi itu. Darahnya menyembur seperti air pancut.
Buat seketika, Gergasi itu berdiri terpaku. Kemudian badannya terhuyung-hayang seperti orang mabuk dan kemudian dia tersembam ke tanah dan terbujur kaku.
Bumi tidak bergegar dari impak tubuh yang besar itu, Bumi ini terlalu besar. Tetapi buka Sil'a bergegar dengan teriakan Allahuakbar yang kuat seperti guruh dari mulut 2000 orang tentera islam. Soralan kemenangan itu bergema ke seluruh ruang lembah tersebut sebelum ia terpadam dalam kesepian gurun.
Allahuakbar!
the end...
No comments:
Post a Comment