Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Monday, January 31, 2011

癖(ク・セ)

We first make our habits, then our habits make us.   - English poet

mari menonton filem pendek di bawah..


Habits are things we do repeated ly. But most of the time we are hardly aware that we have them. They're on autopilot. Some habits are good, some are bad, and some don't really matter. Depending on what they are, our HABITS will either MAKE us or BREAK us.

Luckily, YOU are STRONGER than your HABITS. Therefore, you can change them.

The 7 Habits of Highly Effective TEENS or said another way, the seven characteristics that happy and successful teens the world over have in common.

HABIT 1 : Be Proactive - Take responsible for your life

HABIT 2 : Begin with the End in Mind - Define you mission and goals in life

HABIT 3 : Put First Things First - Prioritizem and do the most important things first

HABIT 4 : Think Win-Win - Have everyone-can-win attitude

HABIT 5 : Seek First to Understand, Then to be Understood - Listen to people sincerely

HABIT 6 : Synergize - Work together to achieve more

HABIT 7 : Sharpen the Saw - Renew yourself regularly

I'm starting with the man in the mirror
I'm asking him to change his ways
And no message could have been clearer 
If you wanna make the world a better place
Take a look at yourself, and then make a change.
"MAN IN THE MIRROR" 
BY SIEDAH GARNETT AND GLEN BALLARD


"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan nasib sesuatu kaum hingga mereka sendiri mengubah keadaan yang ada pada diri mereka..."
(Ar-Ra'du, 13 : 11)


sumber : The 7 Habits of Highly Effective Teens - Sean Covey

Friday, January 28, 2011

キ・モ・チ

thanks to kak CT yg hadiahkan sy buku ni thn 2009

from the book entitled "Don't sweat the small stuff... and it's all small stuff"

31. Become Aware of Your Moods and Don't Allow Yourself to be Fooled by the Low Ones

   You own moods can be extremely deceptive. They can, and probably do, trick you into believing your life is far worse than it really is. When you're in a good mood, life looks great. You have perspective, common sense, and wisdom. In good moods, things don't feel so hard, problems seem less formidable and easier to solve. When you're in a good moo, relationships seem to flow and communication is easy. If you are criticized, you take it in stride. 
   On the contrary, when you're in a bad mood, life looks unbearably serious and difficult. You have very little perspective. You take things personally and often misinterpret those around you, as you impute malignant motives into their actions. 
   Here's the catch : People don't realize their moods are always on the run. They think instead that their lives have suddenly become worse in the past day, or even the last hour. So, someone who is in a good mood in the morning might love his wife, his job and his car. He is probably optimistic about his future and feels grateful about his past. But by late afternoon, if his mood is bad, he claims he hates his job, thinks of his wife as a nuisance, think his car is a junker, and believes he's going nowhere in his career. If you ask him about his childhood while he's in a low mood, he'll probably tell you it was extremely difficult. He will probably blame his parents for his current plight.
   Such quick and drastic contrast may seem absurd, even funny -  but we're all like that. In low moods we lose our perspective and everything seems urgent. We completely forget that when we are in a good mood, everything seems so much better.

ada perkara urgent perlu dibuat, so akan disambung kemudian..

Awan gelap berkumpul [ep. 2]

   Aswad memiliki seekor keldai yang telah dilatih untuk mematuhi arahan tertentu, dan dia menggunakan keldainya untuk membuktikan kuasanya. Dia akan memberi arahan kepada keldainya itu, "Tunduk di hadapan nabimu," dan keldai itu akan menundukkan kepalanya kepada Aswad. Kemudian dia akan mengarahnya, "Berlutut di hadapan nabimu!" dan keldai itu akan melutut. Disebabkan ini, Aswad dikenali di daerah itu sebagai Dhul Himar - Yang Berkeldai. atau 'Keldai -  Walah'. Akan tetapi, sesetengah catatan, tetap mengatakan bahawa dia tidak dikenali sebagai Dhul Himar, tetapi Dhul Khumar, iaitu Si Mabuk. Ini mungkin betul kerana dia juga ketagih arak dan sering berada dalam keadaaan mabuk. Sungguhpun begitu, puaknya mengiyakannya dan mempercayai bahawa dia adalah nabi yang asli; dan beberapa puak kecil yang lain turut mempercayai kesesatan ini.

   Aswad mengumpulkan seramai 700 orang tentera berkuda lalu mereka pun pergi ke Najran. Dia dengan mudah telah dapat menawan bandar tersebut dan menghambat keluar pentadbirnya yang beragama Islam. Dia sangat gembira dengan kemenangan mudah ini dan dia meninggalkan orangnya untuk memerintah Najran sebelum dia bergerak ke San'a. (Lihat Peta di bawah) Shahr, gabenor baru Yaman yang dilantik oleh Kerajaan Islam, mendapat tahu tentang perancangan Aswad dan memutuskan untuk memintas Aswad sebelum dia sampai ke San'a. Dengan diiringi sebuah pasukan yang kecil (dia tidak mempunyai ramai pejuang), dia keluar untuk menentang mushnya itu, dan kedua-dua pasukan itu bertembung di suatu tempat di utara San'a. Pertempuran yang ringkas dan pantas itu dimenangi oleh Aswad dan Shahr terbunuh di dalam pertempuran tersebut. Shahr meninggalkan seorang isteri  muda yang cantik bernama Azad. Lima hari kemudian Aswad memasuki San'a sebagai penakluk. Dia telah dapat melaksanakan misi jahatnya itu dengan pantas, kerana ini adalah hari ke - 25 sejak dia mengisytiharkan kenabiannya.



   Banyak kawasan Yaman kini berada di bawah kekuasannya. Dan untuk mendapatkan kemanisan maksima dari kejayaan militeri dan politiknya itu, dia telah mengahwini Azad yang cantik itu secara paksa. Janda muda itu terpaksa akur dengan kehendak Si Pemabuk atau Keldai - Walah itu.

   Setelah menakluk Najran dan San'a, Aswad memperkukuhkan penguasaannya dan meluaskan penjajahannya ke serata Yaman, banyak kabilah yang menerimanya sebagai pemerintah dan nabi. Apabila kekuasaannya semakin meluas, dia mula berasa tidak puas dengan gelaran nabi lalu mengisytiharkan dirinya sebagai Rahman Yaman. Perkataan 'Rahman' bermakna Yang Pengasih, dan ia adalah salah satu dari nama Allah. Kini Aswad cuba untuk memasuki daerah ketuhanan yang mana sesiapa yang memasukinya sudah tentu akan berakhir dengan kemusnahan. Walaubagaimanapun, pengikutnya kini memanggilnya dengan nama Rahman Yaman. Dia terus minum arak dengan banyaknya. Dan dia semakin menyukai Azad sedangkan Azad amat membencinya sehinggakan dia memberitahu temannya : "Tidak ada lelaki yang lebih ku benci dari dirinya." Dalam kekejaman yang dilakukan oleh Aswad dia masih sempat mengerjakan keluarga Bazan yang berasal dari Parsi itu dan melemparkan segala macam penghinaan dan celaan ke atas ahli keluarga mereka yang terselamat. Dengan berbuat demikian, dia telah menceri pasal dengan seorang pahlawan Islam dan juga seorang Muslim sejati bernama Fairoz Al Deilami - salah seorang ahli keluarga Bazan dan sepupu kepada Azad.

   Tanpa pengetahuan nabi palsu itu, Nabi sebenar di Madinah telah pun memulakan langkah untuk menangani masalah ini. Setelah menerima laporan terperinci akan kejahatan Aswad, Nabi menghantar Qais bin Hubaira untuk menamatkan riwayat Aswad. Qais sampai ke San'a tanpa disedari oleh sesiapa lalu dia pun menyiapkan landasan pergerakan bawah tanah untuk mengalahkan si penipu itu dan kemudian dia telah menghubungi Fairoz. Qais dan Fairoz menjadi ketua organisasi ini dan tugas mereka ialah untuk membenamkan pedang dendam ke dada Aswad dan pengikutnya. Perancangan mereka dirahsiakan.

to be continued...

 

Friday, January 21, 2011

ハート

事実は目に見えても
真実は目に見えない。

行動はいっしょでも、
の中はちがう。

たとえば・・・・・

ヒマつぶしにかけた電話と、
忙しくても忘れないでかけた電話。

かっこつけて
見栄で手に入れたものと、
どうしてもほしくて
苦労して手に入れたもの。

好きでもない人と
なんとなくはじまった交際と、
あこがれの人と
願いが叶ってはじまった交際。

いつも真実は、
の中で、息を潜めてる。

だからが、
いちばんよく、知ってる。

ほんとうは、
自分がどのくらいしあわせかって。
[sumber : あなたがいるだけで]

(gambar ehsan en.google)

(Ibrahim berdoa), "Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh, dan jadikanlah aku buah tutr yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian, dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mempusakai syurga yang penuh kenikmatan, dan ampunilah bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah termasuk golongan orang-orang yang sesat, dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan, (iaitu) di hari harta dan anak-anak lelaki tiada berguna, 
kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih
dan (di hari itu) didekatkanlah syurga kepada orang-orang yang bertakwa, 
dan diperlihatkan dengan jelas Neraka Jahim kepada orang-orang yang sesat." ..
(Asy-Syu'ara, 26 : 83~91)

maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati, yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? 
Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.
(Al-Hajj, 22 : 46)


*belum sempat sy habiskan post kali ni, Dia dh menguji sy lagi.. tak boleh pula nak letak vid dr youtube kat sini.. entah kenape.. banyaknya dosa saya.. T__T   
(sy nak share hadis 35 by Xifu & Algebra ..)



[ayuh bersihkan hati mode]
[off to Tokyo Big Site]
[need time & space like Rasulullah spent when he went to Gua Hira']

Thursday, January 20, 2011

Awan gelap berkumpul [ep. 1]

"Orang-orang Arab Badwi itu berkata : "Kami telah beriman." Katakanlah (kepada mereka) : "Kamu belum beriman, tetapi katakanlah "Kami telah tunduk", kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu, dan jika kamu taat kepada Allah dan rasul-Nya, Dia tiada akan mengurangi sedikit pun (pahala) amalanmu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar."           (al-Hujurat, 49 : 14~15)

   Peristiwa pemurtadan besar-besaran yang pertama sekali telah berlaku di Yaman dan ia dikenali sebagai Peristiwa Aswad Al Ansi. Aswad adalah seorang ketua kaum Ans - satu puak besar yang mendiami bahagian barat Yaman. Nama sebenarnya ialah Abhala bin Kab, tetapi disebabkan warna kulitnya yang tersangat hitam maka dia digelar Aswad, iaitu Yang Hitam. Dia adalah seorang lelaki yang mempunyai pelbagai kualiti tetapi tidak banyak yang perlu dicemburui, sebenarnya, sebelum murtad, dia hanya dikenali sebagai ketua suku kaum dan penilik nasib.

   Ketika tahun kesepuluh Hijrah, penduduk selatan dan tenggara Semenanjung Arab telah memeluk agama Islam. Nabi telah menghantar beberapa orang wakil, pengajar dan pendakwah ke merata tempat untuk melaksanakan tugas tersebut dan ia boleh dikatakan telah dapat diselesaikan. Tetapi kebanyakan penduduk kawasan ini tidak menjadi Muslim yang sejati, keislaman mereka lebih disebabkan oleh terikut-ikut dan bukannya keikhlasan perubahan hati.

   Sebelum Islam, Yaman diperintah oleh seorang gabenor Maharaja Parsi. Gabenor itu adalah seorang yang berbangsa Parsi dan berketurunan raja bernama Bazan. Lelaki ini telah memeluk agama islam dan kemudian disahkan perlantikannya sebagai gabenor Yaman oleh Rasulullah. Daerah itu makmur di bawah pemerintahannya kerana dia adalah seorang pegawai yang bijak dan salih; tetapi tidak lama sebelum Nabi melakukan Haji Terakhir, Bazan meninggal dunia, dan baginda melantik anaknya Shahr, sebagai gabenor San'a. Keamanan terus kekal di Yaman, tiada awan yang menghitamkan langitnya.

   Kemudian, pada ketika Nabi melakukan Haji Terakhir, Aswad memutuskan untuk menjadi seorang nabi. Dia mengumpulkan kaumnya dan membaca beberapa potong ayat yang diakuinya sebagai ayat-ayat Quran yang diwahyukan kepadanya, dan mengumumkan bahawa dia adalah pesuruh Allah.


[sumber : Pedang Allah Khalid bin Al-Walid, Kehidupan dan Kempen-kempennya]

to be continued...

Tuesday, January 18, 2011

More Than Words

bunga..





Dari Amru ibnul Ash bahawa Rasulullah mengutusnya untuk memimpin pasukan Dzatus Salasil. Amru ibnul Ash berkata, "Saya mendatangi beliau dan bertanya, 
'Siapakah orang yang paling Anda cintai?' 
Beliau menjawab, 'Aisyah.' Lalu saya bertanya lagi, 'Kalau dari lelaki?' 
Beliau menjawab, 'Ayahnya.' Lalu saya bertanya lagi, 'Kemudian siapa?'
Beliau menjawab, 'Umar ibnul Khattab.' Lalu beliau menyebutkan beberapa nama.
[Maka saya pun diam, kerana takut beliau akan menempatkan saya pada urutan terakhir]."
(HR Bukhari)


Monday, January 17, 2011

kau pergi jua..

andai aku punya sayap sang helang,
     pasti aku sudah terbang pulang,
andai aku punya sakti,
     pasti aku sudah hilangkan segala lara di hati.

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."
[Ali-Imran, 3:185]

10 Safar 1432H
14 Januari 2011, Jumaat

Hp berdering nyaring..Di skrin tertera..

通知不可

"Siapa pula yg telefon ni?" Memang menjadi kebiasaan, sy jarang mengangkat telefon seandainya sy tak mengetahui siapa yg berada di hujung talian.

"Kak Mira kot." kata seorang teman.

Jari sy lantas menekan butang utk menerima panggilan tersebut. Dan yg kedengaran bukan suara Kak Mira. Tp, suara seorang lelaki yg amat sy kenal sgt; alongku sayang. Kedengaran di sebelah sana, suasana yg agak riuh.

"Peliknya. Kenapa along telefon ni..mesti ada apa2 ni.. Tadi pn ayah telefon, tp td tak sempat angkat. "

Along memulakan bicara dengan nada yg seboleh mungkin cuba disantaikan. Tp, sy tahu mesti ada sesuatu yg nak disampaikan. Dan bila along tanya, 

"Tadi ayah ada telefon fiza kn? Ayah dh beritahu tak?"

Semakin menguatkan tekaan sy yg sesuatu telah berlaku. "Fiza tak sempat angkat td. Kat rumah kawan ni. Kenapa long?" Rasa bersalah pula tak segera menelefon kembali.

"Along nak bagitahu ni. Tapi fiza jangan terkejut sangat tau." Sy tahu mesti ni perkara yg sangat serius, dan sy tahu along tgh cuba utk menyusun kata.

"Un.." hanya itu yg mampu sy balas.

"Pak long dah meninggal..Malam td. Accident. Mak long dgn kak iwa kat hospital, parah jugak."

sy tak tahu apa reaksi yg patut sy buat. otak mcm jammed sekejap. sepjg berborak dgn along, tak ada sebutir pn air mata sy yg keluar. dlm fikiran sy asyik teringatkan ayat dlm salah satu buku kesukaan sy, 'Mengapa kita harus meratap pemergian seseorang yang dalam perjalanan ke syurga?' tp, bila along mula katakan, 

"Ada hikmahnya semua ni. Allah nak kita semua belajar, bersedia. Mana tahu nanti satu masa apa2 jadi pd along.."

Air mata mula bergenang, dan sy mula tersedar, mak sy, mak ngah dan mak cik sy tlh kehilangan satu2nya abg yg mereka ada. Di saat itu, bru sy dpt rasakan kepiluan yg mencengkam suasana di sana..

"Mak macam mana?"

"Mak okey..dh okey sikitla dr pg td." mungkin along cuba untuk buat supaya sy tidak terlalu risau.

"Memangla mak sedih. Semua org tgh sedih sekarang ni. Tapi tu la, kita generasi anak2 ni kena la bg support pd diorg. Along pn dh ckp dengan mak td, mmg mak rapat dgn arwah, dr kecik kenal arwah, tp buat masa sekarang ni, keluarga arwah lebih terasa lg kehilangan arwah. Jadi, kita kna support la keluarga arwah."

Telefon bertukar tangan pd ayah. Dan nyata, suara ayah pn berbeza dari biasa. Telefon bertukar kpd mak. sy rasa tak sanggup nk dengar suara mak. ya, mgkin ada hikmahnya sy di sini. kalau sy di malaysia pn, mgkin sy tak dpt nk membantu apa2. Suara mak sepertinya masih dlm keadaan tangis yg cuba utk ditahan. Mak minta sy doakan arwah, di samping mak nyatakan kesyukuran arwah pergi di kala hari baik, penghulu segala hari. Telefon bertukar tangan lg. Kali ni suara mak ngah pula yg kedengaran. Dan yg nyata, kali ni, mak ngah tak dapat menahan tangis di saat memberitahukn yg arwah sudah tiada lg. mak cik pula hanya mampu menyuruh sy menjaga diri di sini. kala itu, sy masih belum mampu utk berfikir secara rasional, dan sy masih lg terkejut dgn berita itu.

keesokan hari, dlm perjalanan ke sebuah tmpt, sempat sy bacakan surah yasin. barulah di kala itu, air mata ini menitis satu demi satu. alhamdulillah, Allah izinkan sy bertemu dgn arwah pd aidilfitri yg lalu. jika difikir2 balik, sememangnya Allah takkan membuat sesuatu dengan sia2. dan kelihatannya, permergian arwah membawa makna besar dlm penyatuan keluarga ini. ya, keseimbangan dlm roda kehidupan ini akan terus berjalan, dan sememangnya setiap yg terjadi, merupakan yg terbaik buat setiap yg masih hidup di muka bumi ini. 

di kala ini, sy kepingin utk berada bersama keluarga sy, terutama utk berada di sisi mak. mak adik yg paling bongsu, dan yg paling rapat dgn arwah. pasti sedikit sebanyak emosi mak terganggu. kehilangan tempat mengadu dan bermanja. Ya Allah, pinjamkan kekuatan kepada mereka, jua kepada aku. 


Tuhan berfirman,"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."  
[al-Baqarah, 2 : 30]

take my day off...from lab

Friday, January 14, 2011

意志のある所には道がある

Generasi yang menang adalah generasi yang berpijak pada kenyataan, bukan angan-angan dan khayalan bohong atau impian-impian kosong. Ibaratnya, mereka berenang di udara dan terbang tanpa sayap.
Generasi yang menang adalah sebuah generasi yang bercita-cita tinggi, namun berpijak pada kenyataan dan berfikir realistik. Mereka tidak menanam di atas air, tidak menabur benih di atas bebatuan, tidak merenda khayalan dan tidak pula membangun istana dari pasir.
-Yusuf al-Qardhawi, Jiilin Nahsril Mansyuud, hlm.52


my next aim...


皆様、今日一日も頑張りましょう~
あの世も
この世も

"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan."
[al-Qasas, 28 : 77]

Tuesday, January 11, 2011

Begini kisahnya.. (ep terakhir)

   Tetapi apa yang berlaku seterusnya membuatnya semakin kebingungan. Ali dengan tenang bangkit dari dadanya, menyapu mukanya dan berdiri beberapa langkah darinya sambil merenung sayu ke arah lawannya. "Ketahuilah, oh Amr, aku hanya membunuh kerana Allah dan bukan kerana perkara peribadi. Oleh kerana kamu meludah ke mukaku, maka jika aku membunuhmu sekarang ini mungkin disebabkan oleh dendeam peribadi, Aku tidak mahu membunuhmu. Bangun dan kembalilah ke kaummu!"

   Gergasi itu bangkit berdiri. Tetapi dia tidak akan membawa pulang kekalahan. Jika dia tidak dapat hidup sebagai pemenang, maka mati adalah lebih baik. Dia bercadang untuk mendapatkan kemenangan buat kali terakhir, dia mengangkat pedangnya dan meluru ke arah Ali. Mungkin Ali tidak menyedari tindakannya itu. 

   Ali hanya ada cukup masa untuk mencapai pedang dan perisainya dan bersedia untuk serangan terbaru itu. Serangan yang dilakukan oleh Gergasi itu kali ini adalah serangan orang yang kehilangan punca dan ianya lebih ganas berbanding dengan yang sebelum ini. Pedangnya menghancurkan perisai Ali, tetapi hayunannya itu kehilangan momentum, dan hanya mampu melukakan dahi Ali sedikit sahaja. Luka itu terlalu kecil untuk merisaukan Ali. Sebelum Gergasi itu sempat mengangkat pedangnya sekali lagi, Ali menggunakan hujung Zulfiqar yang bersinar dipanah mentari untuk mengkelar keringkong Gergasi itu. Darahnya menyembur seperti air pancut.

   Buat seketika, Gergasi itu berdiri terpaku. Kemudian badannya terhuyung-hayang seperti orang mabuk dan kemudian dia tersembam ke tanah dan terbujur kaku.

   Bumi tidak bergegar dari impak tubuh yang besar itu, Bumi ini terlalu besar. Tetapi buka Sil'a bergegar dengan teriakan Allahuakbar yang kuat seperti guruh dari mulut 2000 orang tentera islam. Soralan kemenangan itu bergema ke seluruh ruang lembah tersebut sebelum ia terpadam dalam kesepian gurun.
Allahuakbar!
the end...





Friday, January 7, 2011

フィザさんなら大丈夫だよ!

ternsenyum sy ketika membaca satu-persatu bait2 kata yg ditulis di atas 'kad tahun baru' itu. how much i wish that i could say those words to myself......私なら大丈夫!




Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. sering berdoa dengan : 
"Wahai Allah, perbaikilah agamaku yang merupakan pokok penghidupanku, 
perbaikilah duniaku yang di dalamnya saya mencari penghidupanku,
perbaiklah akhiratku yang di dalamnya merupakan tempat saya kembali, 
serta jadikanlah hidup ini untuk menambah segala kebaikan bagi diriku 
dan jadikanlah akhirat itu merupakan tempat peristirehatan dari segala kejelekan."
(HR Muslim)

meskiku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepada-Mu, namun cinta dalam jiwa, hanyalah pada-Mu, maafkanlah bila hati, tak sempurna mencintai-Mu, dalam dada ku harap hanya diri-Mu yang bertakhta..

Begini kisahnya.. (ep 3)

   Kemudian sesuatu berlaku dengan terlalu pantas, tak siapa mampu mengikuti urutan kejadian yang berlaku di depan mata mereka sendiri - baik orang islam, musyrikin mahupun Gergasi itu sendiri. Ali mencampak pedang dan perisainya ke tanah; tubuhnya melompat ke udara seperti peluru dan kedua tangannya mencengkam leher Gergasi tersebut; dengan satu tendangan gusti, dia menghilangkan keseimbangan Gergasi itu lalu dia pun terjatuh ke tanah - semua ini berlaku dalam masa beberapa saat sahaja.Kini Gergasi itu terbaring sementara Ali duduk di dadanya. Kedua-dua pasukan tentera menghela nafas dan berbisik sesama sendiri, kemudian mereka menahan nafas.

   Muka Gergasi yang pada mulanya menunjukkan reaksi terkejut kini bertukar menjadi berang. Akhirnya ada juga manusia yang mempu menjatuhkannya, dan ianya dilakukan oleh budak hingusan yang tidak sampai separuh saiznya. Tetapi walaupun dia telah dijatuhkan, dia masih belum kelah lagi. Dia masih boleh memenangi perlawanan ini dan mengambil semula tempatnya sebagai pahlawan terhebat Tanah Arab. Dia akan mencampakkan budak mentah ini ke udara seperti daun ditiup angin.

   Warna muka Gergasi bertukar menjadi ungu, pembuluh darah di lehernya timbul dan otot2 tangannya menggigil bila dia cuba untuk melepaskan cangkaman Ali. Tetapi seinci pun dia tidak dapat melonggarkannya. Otot Ali seolah2 diperbuat dari besi. "Ketahuilah, Oh Amr," kata Ali dengan lembut, "kemenangan dan kekalahan bergantung kepada kehendak Allah. Terimalah islam! Bukan sahaja nyawa kamu terselamat, tetapi kamu juga akan menikmati rahmat Allah dalam kehidupan di dunia dan di akhirat." Ali mengeluarkan kerambit tajam dari tali pinggangnya dan meletakkannya dekat dengan leher Amr.

   Ini tidak dapat diterima oleeh Gergasi tersebut. Adakah dia, seorang lelaki yang dianggap sebagai pahlawan terhandal Tanah Arab terpaksa hidup di bawah bayang2 kekalahan dan keaiban? Adakah orang akan berkata bahawa dia menyelamatkan nyawanya dari terbunuh letika bertempur dengan akur kepada kehendak lawan? Tidak! Dia, Amr bin Abdu Wud, hidup dengan pedang. Dia akan mati dengan pedang. Hidup yang dipenuhi dengan keganasan mesti berakhir dengan keganasan. Dia mengumpulkan air liurnya dan meludah ke muka Ali!

   Dia sedar apa yang akan berlaku. Dia tahu nanti akan ada tarikan nafas yang tajam, tangan kanan Ali akan terangkat ke udara dan kemudian menghenjut kerambit itu ke lehernya. Amr adalah lelaki yang berani dan dia berani menghadapi maut tanpa mengerdipkan mata. Dia menaikkan dadanya dan meninggikan dagunya menawarkan kerongkongnya kepada Ali, kerana dia tahu apa yang mendatang. Atau mungkin tidak!


to be continued...


Thursday, January 6, 2011

Tarbiyah Hari Ini

"Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, 
maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar. Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
[Fussilat, 42 : 34~36]


Dari Jarir bin 'Abdullah r.a. berkata : "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : 
"Barangsiapa yang terhalang untuk bersikap lunak 
maka berarti ia terhalang untuk berbuat segala macam kebaikan." 
(HR Muslim)


Only those who have the patience to do simple things perfectly will acquire the skill to do difficult things easily.
-Johann Christoph Friedrich von Schiller 

Begini kisahnya.. (ep 2)

   Ali dengan pantas mengumpulkan beberapa orang dan berjalan menuju ke tentera musyrikin. Kumpulan itu berhenti tidak jauh dari Gergasi tersebut, dan Ali terus ke depan dan kini hampir sekali dengan pencabar itu tadi. Gergasi itu kenal benar siapa Ali. Dia biasa berkawan dengan bapa Ali, Abu Talib. Dia tersengih memandang Ali seperti senyum orang dewasa terhadap kanak2.

   "Oh Amr!" Ali berseru. "Dikatakan bahawa jika seorang lelaki Quraisy menawarkan dua cadangan kepadamu, kamu akan menerima setidak-tidaknya salah satu darinya."

   "Benar."

   "Jikalau begitu aku ada dua cadangan untuk ditawarkan kepadamu. Yang pertama : terima Allah dan Rasul-Nya dan islam."

   "Aku tidak memerlukan mereka."

   "Kalau begitu turunlah dari kudamu dan tentanglah aku."

   "Untuk apa, wahai anak kepada saudaraku? Aku tiada keinginan untuk membunuhmu,"

   "Tetapi aku," jawab Ali, "terlalu ingin untuk membunuhmu!"

   Muka Gergasi itu bertukar menjadi merah. Dengan tempikan membara dia turun dari kudanya sambil menampakkan kelincahan walaupun tubuhnya besar. Dia melututkan kudanya, menghunuskan pedang dan meluru ke arah Ali. Duel sudah bermula.

   Beberapa kali Amr cuba menikam Ali, tetapi Ali tetap tidak tercedera. Dia menangkis pukulan2 itu dengan pedangnya atau perisainya atau mengelak membiarkan pedang Gergasi itu melayang ke sisi tidak mengenainya. Akhirnya Gergasi tercegat sebentar, mengambil nafas dan kehilangan punca. Dia tidak faham begaimana ini boleh terjadi. Sebelum ini tidak pernah ada orang yang mempu bertahan selama ini ketika menentangya. Dan kini bidak ini menganggap ianya seolah-olah suatu permainan!

to be continued...

Wednesday, January 5, 2011

Begini kisahnya..

   Lelaki yang besar itu mempunyai ketinggian yang luar biasa dan tubuhnya berisi, dan dia jauh lebih tinggi dari lelaki2 lain. Duduk di atas  kudanya yang besar itu dia tampak sungguh luar biasa. Besar, gagah dan berani, wajahnya bengis - suatu aspek yang menyenangkan rakan2 sepasukannya dan melemahkan semangat musuh2nya.

   Namanya ialah Amr bin Abdu Wud (Kita namakan dia Gergasi!). Kuda dan penunggangnya diam tidak bergerak sambil dia merenung dengan penuh kebencian terhadap barisan tentera Muslim.

   Tiba2 Gergasi itu mengangkat kepalanya dan mengaum, "Aku Amr bin Abdu Wud. Aku adalah pahlawan agung  di Tanah Arab. Aku tidak dapat dikalahkan. Aku..Aku.." Dia sememangnya mempunyai ego yang tinggi. "Ada sesiapa di kalangan kamu yang berani berlawan denganku?"
   
   Cabaran itu disahut dengan suasana sepi. Masing2 memandang sesama sendiri. Mereka memerhatikan Nabi. Tetapi tiada siapa beranjak kerana Gergasi itu sememangnya terkenal dengan kekuatan dan kemahirannya, dan walaupun tercedera beberapa kali, dia tidak pernah kalah dalam mana2 perlawanan dan tidak pernah membiarkan lawannya terus hidup. Dikatakan bahawa kekuatannya sama dengan 500 tentera berkuda; bahawa dia boleh mengangkat seekor kuda dan membantingnya ke tanah; bahawa dia boleh mengangkat anak lembu dengan tangan kirinya dan menggunakannya sebagai perisai ketika berperang; bahawa dia boleh.... kisah mengenainya tidak berkesudahan. Imaginasi bangsa Arab yang tajam telah mencipta seorang lagenda yang hebat.
 
    Lalu umat islam terus mendiamkan diri, dan si Gergasi tertawa mengejek-tertawanya itu turut disetai oleh rakan2 sepasukannya kerana mereka berada hampir dengan parit tersebut dan bisa melihat dan mendengar segala yang berlaku. 

   "Tidak ada seorang pun dari kalangan kamu ini anak jantan? Macam mana dengan islam kamu? dan Nabi kamu?" Cacian itu membuat Ali meninggalkan posisinya di bahagian hadapan tentera islam lalu pergi mendapatkan Nabi dan meminta kebenaran untuk berlawan dengan pencabar itu dan membisukan lidahnya buat selama-lamanya. Baginda menjawab, "Pergi duduk. Dia itu Amr!" Ali kembali ke posisinya.

   Sekali lagi ketawa mengejek kedengaran, diikuti dengan cacian dan cabaran. Sekali lagi Ali mendapatkan Nabi. Sekali lagi permintaannya ditolak. Mereka  ketawa lagi dan mencaci lagi. Sekali lagi Amr mencabar tetapi kali ini lebih pedas dari sebelumnya. "Di manakah syurga kamu?" jeritnya, "Yang kamu katakan bahawa sesiapa yang mati di dalam pertempuran akam memasukinya? Tidak bolehkah kamu menghantar seseorang untuk melawan aku?"

   Bila Ali datang mendapatkan Nabi buat kali ketiga, baginda nampak di mata Ali sesuatu yang baginda kenal sangat; dan baginda tahu bahawa Ali sudah tidak boleh dihalang. Baginda memerhatikan Ali dengan perasaan kasih, kerana Ali disayanginya lebih dari mana2 lelaki lain. Baginda menanggalkan serbannya dan melilitnya di kepala Ali. Kemudian baginda menanggalkan pedangnya dan menyangkutkannya ke pinggang Ali. Dan baginda berdoa, "Ya Allah! Bantulah dia!"

   Pedang yang Nabi berikan kepada Ali  suatu masa dahulu adalah kepunyaan seorang musyrikin yang bernama Munabba bin Hajaj. Lelaki ini terbunuh di Badr, dan pedangnya menjadi milik orang islam sebagai ghanimah. Nabi telah mengambil pedang itu untuk kegunaannya sendiri. Kini pedang itu berada di tangan Ali dan ia akan menjadi pedang yang termasyhur di dunia islam. Menurut sejarah, pedang itu paling  banyak digunakan untuk membunuh musuh dalam prtempuran yang adil berbanding mana2 pedang lain. Itulah Zulfiqar

sumber: 



to be continued...


Tuesday, January 4, 2011

あけましておめでとうございます!

今「私は本当は、何をやりたいの?」と自分に問いかけたとき、何がやりたいのか、分かりますか?

もし本当に長いこと、本当にやりたいことをやっていないのなら。
もしかしたらあなたの心は、やりたいことが何の火、分かる能力が麻痺(マヒ)しているかもしれません。

そのうえ「本当にやりたいことなんて、やれないんだ。」そんなふうに、心の状態がずれてしまっているかも。

「どうせ人生そんなもんだよね。」
「やりたいことをやって生きられるなんて、ごく一部の人のものだよね。」

心が死んでしまったら、たとえ身体が生きていたとしても、本当に大変。
「何のために生きているの?」

"Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam, supaya kamu tidah menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu. Dan hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus."   (Yasin, 36: 60~61)

「人生って、なんなの?」

"Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar."   (Ar-Rahman, 55: 14)

Manusia, dengan unsur materi semata tanpa ruh, merupakan bahagian dari unsur ranah yang manusia pijak.

"...dan telah Aku tiupkan kepadanya ruh-Ku."   (Al-Hijr, 22:29)

sumber : 
1) Kalam Allah
2) 夢かな手帳2011-自分と手をつなぐ、まわりと手をつなぐ
3) Ceramah-ceramah Hasan al-Banna (1) - Manusia Dalam al-Quran
    
今年、やりたいことって。。(^^,)